Kek Hokkaido Jepun

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 15 - 20 minit
Menghasilkan: 8 cawan segi empat

Bahan-bahan

70 gkuning telur QL Omega
60 gair
30 gmentega cair
60 gtepung kek
¼ sudu tehesen vanila
130 gputih telur QL Omega
⅛ sudu tehkrim tartar
80 ggula
3 - 4 dropsesen vanila
150 gwhipping cream
30 ggula
Gula aising atau serbuk salji (snow powder) untuk diayak di atas kek

Langkah Penyediaan

  1. Pukulkan bersama kuning telur QL Omega, air, mentega, tepung dan esen vanila. Biarkan seketika.
  2. Dalam mangkuk yang bersih, pukulkan bersama putih telur QL Omega dan krim tartar sehingga berbuih. Tambahkan gula secara beransuran, sambil memukul sehingga campuran telur tegar.
  3. Lipatkan masuk satu pertiga meringue ke dalam campuran kuing telur QL omega, diikuti dengan bakinya.
  4. Tuangkan campuran ke dalam cawan kertas segi empat dan bakar di dalam ketuhar pada 150°C selama 15 minit, dan pusingkan dulang selepas 6-7 minit pertama membakar. Pasangkan ketuhar kepada setting panggang selama 1-2 minit (mulakan dengan 30 saat dahulu) sehingga permukaan atas kek sedikit perang.
  5. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan kek menyejuk sepenuhnya.
  6. Paipkan inti yang mencukupi ke tengah setiap kek. Ayakkan gula aising atau serbuk salji ke atas kek sebelum menyaji.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author