Bebola Ikan Kari

Bebola ikan kari ini dimasak di dalam sos kari yang seiras dengan versi yang biasanya terdapat dari penjaja di Hong Kong. Anda bebas untuk mengubahsuai tahap kepedasannya dengan menambah serbuk cili. Bebola ikan kari ini semestinya memikat hati anda! Hidangkanlah dengan batang lidi untuk rupa asasnya yang terkenal.

Tekstur bebola ikan QL MUSHROOM yang enak berspring ini memangnya lazat. Tambahan lagi, ia penuh dengan surimi, protein ikan berkhasiat yang membantu menbina dan mengekalkan otot-otot. Bukan itu sahaja, ia juga disahkan Halal dan dihasilkan dengan kawalan mutu yang tinggi, jadi anda boleh menikmatinya dengan hati yang lapang. Dengan begitu banyak cara untuk menyediakan bebola ikan ini (termasuklah resepi bebola ikan kari yang lazat ini), anda tak akan kehabisan idea untuk menyajinya.

 

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 10 minit
Sajian untuk: 2-3

Bahan-bahan

250 gBebola Ikan Putih MUSHROOM
3 sudu besarminyak masak
50 gbawang merah kecil, dicincang
20 gbawang putih, dicincang
4 sudu besarserbuk kari daging
1 lair atau stok rebusan ayam
½ sudu tehsos Hoisin
1 sudu tehpes soya (taucu)
1¼ sudu tehkicap cair
1 sudu tehgula
3 gtepung biasa
1 sudu tehserbuk perasa ayam (terpulang)
Serbuk cili (terpulang)
Garam secukup rasa

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Tambahkan 2 hingga 3 sudu besar air kepada serbuk kari dan gaulkan sehingga menjadi pes. Tambahkan pes kari dan tumis lagi hingga wangi.
  3. Tambahkan baki air, sos Hoisin, pes soya (taucu), kicap cair, gula dan garam. Bila sos telah mendidih, biarkannya mereneh dengan penutup kuali ditutup, selama 20 hingga 30 minit hingga sos memekat. Tambahkan serbuk perasa ayam jika guna dan serbuk cili jika suka. Jika sos terlalu pekat, tambahkan sedikit air sehingga kepekatan yang diingini dicapai. Tambahkan sedikit air kepada tepung untuk menjadikannya pes, gaulkan masuk ke dalam sos kari dan biarkan mendidih.
  4. Biarkan sos menyejuk sebelum mengisarnya sehingga licin, atau tapiskan sos untuk membuang bahan pejalnya. Kembalikan sos kepada kuali. Tambahkan Bebola Ikan Putih MUSHROOM dan tutupkan penutup. Biarkan masak sehingga sos mendidih semula dan bebola ikan siap masak.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author