Biryani adalah hidangan nasi yang biasanya disediakan dengna rempah ratus, beras dan daging. Ia sememangnya hidangan yang memuaskan keidaman anda apabila perut memanggil.
Resepi Biryani Telur QL ini penuh dengan rasa dan keharuman rempah ratus. Memandangkan proteinnya bukan daging, ia pilihan yang baik bila anda tidak ingin makan terlalu kenyang tapi masih mengidamkan biryani. Tambahan itu, nikmatilah nutrisi lebih dengan penggunaan QL Eggs.
Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 1 jam
Sajian untuk: 4
Bahan-bahan
Masala QL Eggs: | ||
---|---|---|
2 sudu besar | minyak sapi | |
3 | merah kecil, dihiris nipis | |
½ sudu teh | biji sawi | |
1 sudu teh | pes bawang putih-halia | |
2 sudu teh | serbuk cili merah | |
1 sudu teh | serbuk lada hitam | |
4 biji | telur QL Omega, direbus penuh masak | |
Nasi Masala: | ||
4 ulas | bawang putih | |
1 inci | halia | |
4 batang | cili hijau | |
½ cawan | daun pudina | |
½ cawan | daun ketumbar | |
½ sudu besar | biji jintan putih | |
½ sudu besar | biji adas (fennel) | |
4½ cawan | air | |
1 sudu besar | minyak sapi | |
1 batang | kayu manis | |
3 biji | bunga cengkih | |
2 biji | buah pelaga | |
1 biji | tomato, dicincang | |
1 sudu besar | serbuk briyani | |
1 sudu teh | serbuk cili merah | |
3 cawan | beras basmati rebus separa, dibasuh mengikut arahan penyediaannya | |
Garam secukup rasa | ||
Perhiasan: | ||
Secubit | saffron, direndam di dalam ½ cawan air suam | |
2 sudu besar | minyak sapi | |
2 sudu besar | daun pudina, dicincang halus |
Langkah Penyediaan
- Untuk menyediakan masala telur QL, panaskan minyak sapi dalam kuali dan tumis bawang hingga perang keemasan. Tambahkan biji sawi, pes halia-bawang putih, serbuk cili dan lada hitam. Tumis hingga harum, dan tambahkan telur QL rebus. Alihkan dari api dan ketepikan seketika.
- Untuk menyediakan nasi masala, kisarkan bawang putih, halia, cili hijau, daun pudina, daun ketumbar, biji jintan putih dan biji adas dengan 2 sudu besar air untuk membentuk pes.
- Tambahkan 1 sudu besar minyak sapi dalam kuali atas api sederhana dan tambahkan kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga, diikuti dengan tomato dan pes yang telah dikisar. Tumis sehingga tomato masak dan lembut, dan tambahkan serbuk biryani dan serbuk cili. Tumis untuk beberapa mini lagi hingga wangi.
- Tambahkan beras ke dalam kuali dan gaul sebati dengan ramuan lain, dan tuangkan kesemua ramuan di dalam kuali ke dalam periuk nasi. Tambahkan baki air dan garam, dan gaulkan sedikit. Pasangkan periuk nasi untuk memasak.
- Setelah nasi masak, gaulkan masuk 2 sudu besar minyak sapi dan gaul sebati. Tambahkan telur masala dan siramkan campuran saffron* di atasnya dan biarkan nasi di dalam periuk nasi untuk 5 minit lagi.
- Sendukkan nasi ke atas pinggan, hiaskan dengan pudina potong dan hidangkan dengan kari atau raita timun.
*Saffron boleh direndamkan dengan susu suam atau yogurt untuk kekayaan tambahan.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.