Kombinasi halia dan kayu manis ini menjadikan biskut ini wangi lagi lazat.
Dalam resepi Biskut Gingerbread ini, kami menggunakan telur QL Deli Fresh, untuk memperkayakan lagi kandungan nutrisi biskut ini. Dengan kandungan kolestrol 40% lebih rendah berbanding telur biasa, and semestinya tidak ragu-ragu untuk menikmati dua atau tiga keping lagi!
Masa penyediaan: 40 minit
Masa memasak: 12 minit
Menghasilkan: 15 - 20 keping biskut kecil
Bahan-bahan
Adunan Gingerbread Asas: | ||
---|---|---|
88 g | tepung biasa | |
1/8 sudu teh | serbuk penaik | |
Secubit garam | ||
1 sudu teh | serbuk halia | |
½ sudu teh | serbuk kayu manis | |
33 g | mentega tanpa garam, dipotong kecil | |
38 g | gula perang | |
½ sudu besar | sirap emas (Golden syrup) | |
½ sudu besar | black treacle (atau digelar sebagai tetes) | |
¼ sudu besar | susu | |
½ | kuning telur QL Deli Fresh, dipukul | |
Aising Royal: | ||
30 g | telur putih QL Deli Fresh | |
160 - 180 g | gula aising, diayak | |
Setitik pewarna |
Langkah Penyediaan
- Dalam mangkuk yang besar, ayakkan bersama tepung, serbuk penaik, garam dan rempah. Gosokkan bersama mentega kepada campuran tepung sehingga serdak dibentuk.
- Dalam mangkuk yang berlainan, campurkan bersama gula perang, golden syrup, black treacle, susu dan kuning telur. Pukulkan masuk bahan-bahan kering secara beransur-ansur sehingga adunan terbentuk. Adunkan dengan ringan, balutkan dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum membentuk biskut.
- Panaskan ketuhar kepada 180⁰C. Pada permukaan yang ditepungkan dengan ringan, gulingkan adunan sehingga lebih kurang ¼ inci tebal. Potong mengikut bentuk yang disukai dengan menggunakan pemotong biskut. Letakkan biskut dengan jarak 1 inci pada dulang tin yang telah dialas.
- Bakar selama 10 – 12 minit atau sehingga biskut siap masak. Keluarkan dari ketuhar dan biarkannya menyejuk di atas rak dawai. Hiaskanlahnya dengan aising royal berwarna.
- Untuk aising: Masukkan putih telur ke dalam mangkuk. Tambahkan gula aising secara beransur-ansur dan gaulkan sehingga gula larut sepenuhnya dan campuran tegar dan berkilat. Tambahkan pewarna yang disukai dan gaul sehingga sebati. Masukkan ke dalam beg pastry dan paipkan mengikut corak yang digemari.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.