Pancake Gandum Penuh

Hidangkan pancake ini bersama-sama buah-buahan dan juga toppings (pilihan kegemaran kami adalah mentega kacang, Nutella, madu lebah dan sirup mapel). Anda boleh juga masukkan buah-buahan segar atau kering ke dalam adunan, ataupun sedudu dua besar oatmeal atau germa gandum.  Hasilnya ialah satu hidangan sarapan pagi yang lengkap untuk memulakan hari anda. Pancake ini juga akan kelihatan begitu indah jika dimasukan ke dalam kotak bekalan makan anak anda, terutama sekali bila ianya dihiasi dengan buah-buahan dan topping kegemaran mereka.

Masih mencari sebab mengapa anda harus mencuba resepi pancake ini?  Rahsianya ialah bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan pancake ini, terutama sekali telur QL Omega yang kaya dengan Omega-3, dan mengandungi hanya 50% kandungan kolestrol berbanding dengan telur biasa, dan kawalan mutu yang ketat.

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 3 - 4

Bahan-bahan

100 gtepung serba-guna
100 ggandum penuh atau tepung gandum penuh
30 ggula
2 sudu besarserbuk penaik
¼ sudu tehgaram
1 bijitelur QL Omega
350 mlsusu suam (asli, penuh krim atau lemak rendah)
½ sudu tehesen vanilla (terpulang)
Mentega untuk penyalitan

Langkah Penyediaan

  1. Masukkan tepung/gandum, gula, serbuk penaik dan garam ke dalam satu mangkuk dan pukul sehingga sebati
  2. Di dalam mangkuk berasingan, masukan susu, telur QL Omega dan esen vanilla dan pukul hingga sebati
  3. Di dalam campuran bahan-bahan kering, buat satu takungan dan tuangkan bahan-bahan basah ke dalam takungan tersebut dan gaulkan sehingga sebati. Elakkan daripada adunan berlebihan untuk mengelakkan pancake yang agak kental. Sekiranya adunan kelihatan terlalu pekat, tambahkan 1 atau 2 sudu besar susu untuk melembutkan tekstur adunan.
  4. Panaskan kuali leper yang tidak melekat. Sapu permukaan kuali dengan mentega. Jangan guna terlalu banyak mentega untuk menggelakkan pancake cepat hangus dan tidak serata
  5. Gunakan senduk untuk menuangkan adunan ke atas kuali leper dan ratakan adunan dengan menggunakan bahagian belakang senduk tersebut. Anda boleh juga menggunakan pencedok ais krim untuk menghasilkan pancake yang seragam bentuk dan saiznya.
  6. Masak menggunakan api serdehana selama 2 minit dan apabila buih udara mula kelihatan di permukaan pancake, terbalikkan pancake dan masak selama 2 minit lagi sehingga kelihatan perang keemasan.
  7. Ulangi proses diatas dengan adunan selebihnya.
  8. Hidangkan dengan sedikit mentega, madu lebah atau sirap mapel dan buah-buahan kegemaran anda (blueberi, strawberi, pisang, mangga, kiwi dan lain lain) atau topping, sekiranya perlu.

Petua QL Kitchen:

  • Anda boleh gunakan gandum penuh/tepung gandum penuh sahaja tanpa menggunakan gandum serba-guna jika ingin. Kami menggunakan 50% tepung serba-guna dan 50% tepung gandum penuh.
  • Untuk mendapatkan rasa yang lebih kaya dan kandungan sarat yang tinggi, masukan 1 hingga 2 sudu besar oatmeal atau germa gandum.
  • Anda bebas untuk menambahkan buah-buahan segar atau kering ke dalam adunan untuk menghasilkan pancake yang lebih menyegarkan dan bersarat tinggi.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author