Tamagoyaki

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 15 minit
Sajian untuk: 2

Bahan-bahan

5 bijitelur QL Omega
ΒΌ sudu tehgaram
Lada putih secukup rasa
6 helai keju cheddar
10 helai rumpai laut (kecil)
1 sudu besarebiko
1 sudu besarminyak
1 sudu besarmayonis Jepun

Langkah Penyediaan

  1. Di dalam mangkuk, pukulkan berama telur QL Omega, garam dan lada.
  2. Sapukan kuali tamagoyaki dengan sedikit minyak.
  3. Masukkan satu senduk campuran telur pada kuali dam masak atas api rendah sehingga masak. Gulungkannya dengan perlahan.
  4. Ulangi langkah 3 tetapi sebelum menggulung, letakkan sehelai rumpai laut atas campuran telur.
  5. Ulangi langkau 4 tetapi sebelum menggulung, letakkan sehelai keju cheddar ke atas rumpai laut.
  6. Teruskan langkah 4 dan 5 sehingga saiz yang dihendakki dicapai. Alihkan dari kuali.
  7. Potongkannya kepada ketebalan 1 inci dan hiasi dengan mayonis dan ebiko.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author