Poon Choi

Poon Choi merujuk kepada pelbagai jenis hidangan yang dihidangkan di dalam baldi atau ‘basin’. Hidangan daging, makanan laut dan sayur-sayuran kegemaran dimasak dan disusun, biasanya lapis demi lapis di dalam mangkuk besi atau seramik yang besar dan dalam di mana ia biasanya dijamu secara berkongsi dengan jiran tetangga.

Resepi Poon Choi ini sesuai bagi semua ahli keluarga, tak kira muda atau tua. Daging-daging, perut ikan dan udang sesuai untuk para dewasa, manakala Filamen Ikan QQ MUSHROOM, Gegulung Ikan (King Crab Chunk) MUSHROOM dan Bebola Ikan Salmon MUSHROOM semestinya menjadi pilihan kegemaran kanak-kanak.

 

Masa penyediaan: 2½ jam
Masa memasak: 35 minit
Sajian untuk: 6

Bahan-bahan

1.5 kgayam, dibasuh dan dipotong kepada 10 ketul
2 lair
300 globak putih, dipotong ketulan besar
150 gcendawan shitake kering, direndam dahulu dalam air
150 gperut ikan, dipotong kepada 10 ketul
120 gkulit tauhu kering (Bean curd skin)
6 sliceshalia
150 gabalone, dipotong kepada 10 ketul
200 gFilamen Ikan QQ MUSHROOM
150 gGegulung Ikan (King Crab Chunk) MUSHROOM
150 gBebola Ikan Salmon MUSHROOM
8 ekorudang besar
½ ekoritik panggang (sedia untuk dimakan), ditpotong ketul
200 gbroccoli
½ sudu tehlada putih
½ sudu tehgaram
30 gdaun bawang, dipotong

Langkah Penyediaan

  1. Basuhkan ayam dan masukkan ke dalam periuk yang berisi air.
  2. Rebuskan stok ayam, dan buangkan sisa rebusan yang terapung dari semasa ke semasa. Rebus selama 2 jam sebelum menambahkan lobak putih dan cendawan shitake. Rebus selama setengah jam lagi sebelum menambahkan perut ikan. Rebus untuk setengah jam lagi dan biarkan di tepi.
  3. Di dalam periuk pesar yang berlainan, keluarkan lobak putih dari stok dan susunkannya di dasar periuk.
  4. Kemudian, lapikkan dengan kulit tauhu kering dan susunkan hirisan halia di atasnya.
  5. Kemudian, susunkan ramuan yang lain secara bersebelahan, termasuklah cendawan shiitake dan perut ikan, dengan arah jam. Susunkan Filamen Ikan QQ MUSHROOM, Gegulung Ikan (King Crab Chunk) MUSHROOM dan Bebola Ikan Salmon MUSHROOM di tengah periuk.
  6. Akhirnya, tambahkan garam dan lada kepada stok ayam dan tapiskan stok ke atas ramuan di dalam periuk. Didihkan periuk selama 10 minit. Hiaskan dengan daun bawang sebelum menghidang.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author