Kek Pisang

Kami semua menggemari sepotong kek pisang yang moist lagi harum. Ianya begitu sedap dan sesuai bagi bila-bila saja – sarapan, teh tengahari, sebagai snek ataupun dalam bakul perkelahan.

Terdapat pelbagai jenis pisang yang mudah didapati di Malaysia, tetapi jenis yang sesuai untuk resepi ini adalah pisang emas. Walaupun kecil molek, pisang emas kaya dengan rasa dan amat harum bila dibakar atau digoreng. Kami mencadangkan untuk menggunakan pisang emas yang amat masak untuk aroma yang lebih harum dan rasa yang lebih manis. Jika tiada pisang emas, anda juga boleh gunakan pisang berangan atau Cavendish, asalkan ia telah amat masak.

Ini adalah resepi kek pisang asas, di mana anda juga boleh tambahkan serbuk kayu manis atau pala dan kacan walnut untuk rasa dan tekstur yang berlainan. Kek pisang ini menggunakan telur QL Omega yang berkualiti, di mana ia mengandungi kolestrol 50% lebih rendah berbanding dengan telur biasa di pasaran, jadi anda boleh menikmati kek pisang ini dengan hati yang aman.

Hidangkanlah kek pisang ini sebagai the tengahari, sarapan, sebagai bekalan makanan anak anda atau dalam bakul perkelahan anda. Ianya tentu hilang dalam sekelip mata!

 

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 40 - 60 minit
Sajian untuk: 6 - 8

Bahan-bahan

5 bijipisang emas yang masak, dilumatkan
1 cawangula perang (lebih kurang 130g)
1 cawanminyak sayuran ((seperti jagung, biji bunga matahari atau canola)
4 bijitelur QL Omega
1 ½ cawantepung biasa (lebih kurang 200g)
1 sudu tehserbuk penaik
1 sudu tehsoda bikarbonat
Secubit garam
1 sudu tehesen vanila (terpulang)

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar kepada 170 C. Alaskan tin kek bersegi empat (lebih kurang 8.5 x 4.5 x 2.5 inci) dengan kertas parchment atau kertas kalis minyak.
  2. Ayakkan tepung dengan garam, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan biarkan seketika.
  3. Pukulkan gula perang, telur dan minyak dengan pemukul elektrik selama 4 -5 minit sehingga sebati.
  4. Pukulkan masuk pisang dan pukul sehingga sebati.
  5. Gaulkan masuk campuran tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan sudu spatula kayu atau getah. Kemudian, masukkan esen vanila jika guna.
  6. Tuangkan masuk campuran yang siap ke dalam tin kek dan bakar pada 170 C selama lebih kurang 30 mini, kemudian turunkan suhu ke 150 C dan bakar selama 20 – 25 minit lagi sehingga batang lidi keluar bersih bila dicucuk.
  7. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan untuk menyejuk di atas rak dawai.
  8. Terbalikkan tin kek dan kupaskan kertas parchment/kalis minyak. Potong dan ia sedia untuk dihidangkan. Ianya paling sesuai disaji pada tahap suhu bilik.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author