Kek Pelangi QL dengan Pewarna Semulajadi

Kami dengan sukacitanya berkongsi dengan anda, versi tersendiri kami untuk resepi kek pelangi yang klasik ini. Berbeza dengan versi biasa yang menggunakan bahan pewarna tiruan, resepi ini penuh dengan keceriaan warna dari bahan-bahan pewarna semulajadi, termasuklah lobak merah, yis merah, bayam muda, bunga telang dan beri hitam. Kek yang menarik hati ini disiapkan dengan selapis buttercream meringue Swiss berlemon yang memangnya lazat.

Pastikan anda menggunakan telur QL Omega untuk manfaat khasiat tambahan. Ianya mengandungi kolesterol 50% lebih rendah berbanding dengan telur biasa dan rasanya enak sekali. Anda boleh mendapati telur QL Omega dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka.

Tunggu apa lagi! Bersedialah untuk mengkagumkan tetamu-tetamu anda sempena musim perayaan ini, lebih-lebih lagi bila mereka mengetahui bahawa kek pelangi ini bebas dari bahan pewarna tiruan.

 

Masa penyediaan: 1 jam
Masa memasak: 45 minit
Sajian untuk: 9

Bahan-bahan

Untuk kek:
390 gtepung biasa
4 sudu tehserbuk penaik
1/2 sudu tehgaram
250 gmentega tanpa garam
240 ggula
2 bijiputih telur QL Omega
2 sudu tehesen vanila
350 mlsusu segar
Untuk bahan pewarna:
Oren½ batang lobak merah, dijus tulen
Merah2 sudu teh serbuk yis merah
Hijau½ cawan bayam muda, dijus tulen
Biru½ cawan bunga telang, direndam dalam ¼ cawan air panas
Ungu¼ cawan jus beri hitam
Untuk frosting (Buttercream Meringue Swiss Berlemon):
10 bijiputih telur QL Omega
300 ggula
460 gmentega tanpa garam
3 sudu besarjus lemon

Langkah Penyediaan

  1. Untuk menyediakan kek, minyakkan dan alaskan tin kek 9 inci. Panaskan ketuhar kepada 160C.
  2. Campurkan bersama tepung, serbuk penaik dan garam, dan biarkan seketika.
  3. Pukulkan mentega dan gula sehingga berkim. Tambahkan dengan perlahan putih telur QL Omega dan pukul sehingga sebati. Tambahkan esen vanila. Campurkan masuk campuran tepung serta susu secara bergilir dan pukul hingga sebati.
  4. Bahagikan campuran dengan serata ke dalam 6 mangkuk sederhana. Tambahkan dan gaulkan setiap bahan pewarna semulajadi ke dalam mangkuk yang berasingan tadi. Tuangkan masuk ke dalam tin kek yang berasingan dan bakar selama 15 minit.
  5. Keluarkan kek dari ketuhar dan biarkan mereka menyejuk di atas rak dawai selama 10 minit.
  6. Potongkan bahagian atas kek supaya permukaannya rata. Letakkan lapisan ungu ke atas papan kek.
  7. Di atas papan Lazy Susan, sapukan 1 cawan buttercream ke atas lapisan pertama dengan menggunakan spatula offset hingga ianya sedikit melebihi di pinggir sahaja. Ulangi langkah ini dengan lapisan biru, hijau, merah, oren dan diakhiri dengan lapisan warna asal. Dengan menggunakan spatula offset, salutkan bahagian atas dan tepi kek dengan lapisan frosting yang nipis.
  8. Sejukkan dalam peti sejuk, selama lebih kurang 30 minit.
  9. Akhirnya, salutkan kek dengan baki frosting.
  10. Untuk menyediakan frosting, masukkan putih telur QL Omega ke dalam periuk sos yang kecil di atas api sederhana, dan pukulkan sehingga gula larut sepenuhnya. Tuangkan ke dalam mangkuk dan pukulkan sehingga ia menyejuk ke tahap suhu bilik. Tambahkan mentega dengan perlahan dan pukul hingga sebati.
  11. Tukar kepada pemukul elektrik dan buka pada kelajuan yang tinggi. Pukul hingga buttercream menggebu, kemudian tambahkan jus lemon dan pukul hingga sebati.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author