Mee Goreng Mamak dengan Makanan Laut

Nikmatilah salah satu lagi kegemaran Malaysia, dengan resepi Mee Goreng Mamak yang lazat ini.

Satu lagi tambahan yang enak kepada paparan koleksi kegemaran Malaysia, mee goreng mamak dengan makanan laut ini mengandungi pelbagai jenis makanan laut yang digabungkan dengan kepedasan hidangan mee ini. Dengan rasanya yang pedas manis untuk membangunkan deria rasa anda, rasa kacang dari sos kacang (sos satay) juga menambahkan dimensi yang baru bagi resepi klasik ini.

Pelbagai produk MUSHROOM yang enak digunakan untuk menyediakan resepi mee goreng mamak dengan makanan laut ini. MUSHROOM menghasilkan produk-produk makanan laut beku yang bukan sahaja lazat lagi bernutrisi, malah memudahkan lagi penyediaan hidangannya! Cubalah rangkaian produk MUSHROOM dari pasaraya yang terdekat kepada anda.

 

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 5 minit
Sajian untuk: 2

Bahan-bahan

350 gmee kuning
1bawang merah, dihiris
3 ulasbawang putih, dicincang
2 sudu besarcili boh
2 bijitelur QL Deli Fresh
4 ketulTofu Makanan Laut MUSHROOM
6 ketulGegulung Ikan ‘King Crab Chunk’ MUSHROOM
4 bijiBebola Berperisa Udang Galah MUSHROOM
4 sudu besarkuah kacang (sos satay)
Sejambakdaun sawi
3 sudu besarsos cili
1 sudu besarkicap manis
4 sudu besarminyak masak
2cili merah, dihiris
2 sudu besarbawang goreng

Langkah Penyediaan

  1. Basuh mee kuning dan biarkan di tepi.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Kemudian, tambahkan cili boh.
  3. Seterusnya, tambahkan Tofu Makanan Laut MUSHROOM, Gegulung Ikan ‘King Crab Chunk’ MUSHROOM dan Bebula Berperisa Udang Galah MUSHROOM.
  4. Masukkan mee kuning dan gaul serata.
  5. Tambahkan masuk sos satay, sos cili dan kicap manis.
  6. Tolakkan mee ke pinggir kuali dan tuangkan telur QL Deli Fresh ke bahagian tengah kuali. Bila ianya hampir masak, gaulkan serata bersama mee dan tambahkan daun sawi pada akhirnya.
  7. Sajikan panas dan hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan cili di atasnya.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author