Lodeh Makanan Laut QL

Inilah resepi stew sayuran dengan santan, yang dilazatkan lagi dengan produk makanan laut MUSHROOM. Elok disaji bersama nasi himpit, yang melengkapkan lagi hidangan ini dengan protein, serat dan karbohidrat. Sememangnya hidangan istimewa sempena musim Raya ini.

 

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 2 - 4

Bahan-bahan

¼ cawanminyak
1 sudu besarpes cili
1 sudu tehserbuk kunyit
2 sudu besarudang kering, direndam dan ditumbuk/dicincang
2 inches lengkuas, dipukul ringan
2 stalks serai, dipukul ringan
3 cawanair
5 bijiBebola Kari Meletup MUSHROOM, dibelah dua
5 batangFilamen Berperisa Ketam (Fried Crab Stick) MUSHROOM, dibelah dua
5 bijiFilamen Ikan QQ MUSHROOM, dibelah dua
1 batanglobak merah, dihiris
200 gkobis, dihiris nipis
4 batangkacang panjang, dipotong ketulan 2 inci
1½ cawansantan
1 helaikulit tauhu (fuchok)
1 pakettauhu, dipotong kiub
1 paket tempeh, dihiris dan digoreng
50 gsoohoon, direndam
Garam, secukup rasa
Ramuan untuk dikisar:
1 bijibawang merah
10 bijibawang merah kecil
4 ulasbawang putih
2 inches halia
Sedikit air

Langkah Penyediaan

  1. Kisarkan bahan-bahan sehingga menjadi pes pekat.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan ramuan kisar sehingga layu.
  3. Tambahkan pes cili, serbuk kunyit dan udang kering, diikuti dengan lengkuas dan serai. Tumis selama beberapa minit.
  4. Tambahkan air dan biarkannya mereneh.
  5. Tambahkan bebola ikan, crab stick, filament ikan, lobak merah, kubis, kacan panjang dan santan. Teruskan mereneh sehingga sayuran lembut sedikit.
  6. Akhirnya, tambahkan kulit tauhu, tauhu dan soohoon.
  7. Perisakan dengan garam secukup rasa.
  8. Sajikan dengan nasi himpit.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author