Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 30 minit
Sajian untuk: 4
Bahan-bahan
| 4 sudu besar | minyak sayur |
|---|---|
| 1½ sudu besar | halba campur |
| 2 tangkal | daun kari |
| 2 biji | bawang merah Bombay, dicincang halus |
| 2 ulas | bawang putih, dicincang |
| 3 sudu besar | serbuk kari ikan + 2 sudu besar air (untuk menghasilkan pes) |
| 1½ - 2 cawan | air |
| 1 packet | Bebola Ikan Kari MUSHROOM |
| 5 batang | kacang bendi |
| 3 | tomato masak bersaiz sederhana, dipotong baji |
| 100 ml | santan |
| Garam secukup rasa |
Langkah Penyediaan
- Panaskan minyak di dalam periuk dan tambahkan halba campur dan daun kari. Tumis atas api yang rendah untuk beberapa minit.
- Tambahkan bawang merah dan bawang putih dan masak sehingga lembut.
- Masukkan pes kari ikan dan tumis sehingga ianya wangi dan minyaknye terlerai.
- Tuangkan masuk air dan ubi kentang, dan biarkan mereneh selama 10 minit sehingga ubi lembut.
- Masukkan Bebola Ikan Kari MUSHROOM, bendi dan tomato, dan masak selama 10 minit lagi.
- Masukkan santan setelah bendi lembut. Enak disajikan bersama nasi panas dan sayur goreng.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.



