Burger Ayam Omega

Sandwic kegemaran Amerika dah banyak berkembang. Dari gerai tepi jalan hinggalah dominasi sedunia yang dibawakan kepada anda oleh rangkaian makanan segera yang besar. Burger sememangnya antarabangsa, tetapi ianya tak berhenti di sini. Kebelakangan ini, anda boleh mendapati bahawa kedai burger gourmet semakin banyak di Malaysia, menyediakan burger yang melelehkan air liur sekalian. Idea lama mengenai burger berminyak yang boleh memuadaratkan kesihatan sudahpun laput. Jikalau bahan dan cara penyediaan yang betul digunakan, burger boleh menjadi makanan yang berkhasiat. Resepi burger ayam ini adalah sumbangan kami kepada gaya hidup yang sihat.

Marilah kita berbincang mengenai bahan-bahannya. Resepi burger ayam kami mempunyai tiga bahan utama: telur QL Omega, Hirisan Ayam Figo dan roti burger. Telur QL Omega datang daripada ayam-ayam sihat yang dibela dengan makanan semula jadi yang 100% bebas dari bahan kimia tiruan atau pengawet. Telur-telur ini mengandungi 50% lebih kurang kolestrol berbanding dengan telur biasa dan dipertambahkan dengan omega-3 extra. Hirisan Ayam Figo diperbuat daripada daging ayam yang berkualiti tinggi, diperisa secara ringan dengan bawang dan lada hitam. Kandungan protein Hirisan Ayam Figo adalah jauh lebih tinggi daripada hirisan ayam biasa kerana kandungan surimi-nya (protein ikan berkhasiat), bermakna anda akan rasa kenyang jauh lebih lama. Jenis roti burger terpulang kepada pilihan anda. Terdapat banyak pendapat yang berbeza untuk burger yang terbaik (kami tidak dapat membuat perbandingan untuk roti di Malaysia, tetapi laman ini akan memberikan sedikit cadangan untuk anda) tetapi boleh juga guna roti burger yang terdapat di pasaraya.

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 4

Bahan-bahan

4 bijitelur QL Omega
4 hiris Hirisan Ayam Figo
4 bijiroti burger (penuh gandum sebagai pilihan berkhasiat), dibelah setengah
4 helai daun salad, dibasuh
1 biji tomato bersaiz sederhana, dihiris
Mentega atau margerin, untuk menyapu
Sos (sos tomato, sos cili, sos mustard atau mayones)
Minyak masak untuk menggoreng telur/hirisan ayam
Lada hitam kisar

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali tanpa lekat atas api sederhana rendah. Pecahkan telur dan gorengkan sehingga putih telur masak tetapi kuning telur masih cair. Matikan api dan keluarkan telur dengan sudu ke piring dan biarkan. Ulangi dengan telur yang lain, dan tambahkan minyak masak jika perlu sebelum menggoreng telur seterusnya.
  2. Goreng Hirisan Ayam Figo di dalam kuali tanpa lekat dengan 1 sudu kecil minyak masak sehingga perang. Keluarkan dari kuali dan biarkan seketika.
  3. Sapukan mentega atau margerin kepada bahagian bawah roti. Susunkan hirisan tomato, daun salad, Hirisan Ayam Figo ke atas roti. Sapukan sos ke atas hirisan ayam dan tambahkan telur goreng ke atasnya. Taburkan lada hitam kisar ke atas telur dan tutup dengan bahagian atas roti. Hidangkan dengan serta-merta.

Petua QL Kitchen:

  • Anda boleh gorengkan telur dengan menggunakan bekas acuan keluli yang bulat, untuk mendapatkan bentuk yang sempurna untuk burger.
  • Burger dan sandwic adalah hidangan yang sesuai untuk Sahur > ia boleh disediakan dalam masa beberapa minit sahaja dengan menggunakan produk kami dan membekalkan anda dengan tenaga yang mencukupi supaya anda lebih mudah berpuasa.
  • Selain Ramadan, burger juga boleh dimakan bila-bila masa, tak kira sebagai sarapan pagi, makanan tengahari, malam ataupun sebagai bekalan makan untuk kerja, sekolah dan perkelahan.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.

About the author