Kini musim ho-ho telah tiba! Untuk menambahkan kemanisan dalam sambutan anda, inilah pencuci mulut dengan kelazatan di luar jangkaan anda. Biskut gingerbread coklat putih yang enak manis dan kelihatan kemas.
Rempah ratus dilengkapkan dengan rasa coklat putih cair-didalam-mulut yang enak; Apa yang lebih baik dari ini? Biskut gingerbread, coklat panas, mungkin sedikit hadiah dan musim cuti anda kini telah lengkap.
Masa penyediaan: 45 minit
Masa memasak: 15 minit
Menghasilkan: 12- 15 keping
Bahan-bahan
65 g | mentega tanpa garam ( dipotong menjadi ketul) | |
---|---|---|
75 g | gula perang | |
1 sudu besar | sirap kencana (golden syrup) | |
1 sudu besar | sirap pekat hitam (black treacle) | |
½ sudu besar | susu | |
1 biji | kuning telur QL Omega, dipukul | |
175 g | tepung gandum | |
¼ sudu teh | soda bikarbonat | |
½ sudu teh | serbuk halia | |
¼ sudu teh | serbuk kayu manis | |
Secubit garam | ||
200 g | coklat putih masakan, dicairkan | |
Ising Royal: | ||
30 g | putih telur QL Omega | |
180 g | gula aising | |
Titisan pewarna merah dan hijau |
Langkah Penyediaan
- Pukulkan mentega dan gula perang hingga berkrim.
- Campurkan masuk bahan basah : Sirap kencana, Sirap pekat hitam, susu dan kuning telur.
- Ayakkan tepung, soda bikarbonat, garam dan rempah.
- Tambahkan masuk campuran tepung ke dalam ramuan basah, uli dengan perlahan sehingga menghasilkan adunan.
- Balutkan dan sejukkan selama 30 minit sebelum memotong dengan acuan biskut berdiameter 7cm.
- Bakar pada suhu 180°C selama 12-15 minit atau sehingga masak.
- Celupkan separuh dari biskut kedalam coklat putih yang dicairkan. Biarkan pada suhu bilik untuk ia mengeras. Sejukkan, kemudian hiasi dengan ising royal mengikut citarasa anda.
- Untuk menyediakan ising royal, pukulkan putih telur dan gula ising sedikit demi sedikit sehingga sesuai untuk dipaipkan. Anda mungkin tidak akan memerlukan semua gula ising. Tambahkan pewarna makanan kesukaan dan kacau sehingga sebati. Masukkan aising ke beg pastri dan paipkan mengikut kesukaan anda.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.