Kuih Pandan Bakar

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 40 minit
Menghasilkan: 2 kuih

Bahan-bahan

8 helaidaun pandan
300 mlair
2 bijitelur QL Omega
90 ggula
300 mlsantan
210 gtepung biasa
½ sudu tehgaram
Pewarna hijau yang secukupnya
1 sudu besarmarjerin, dicairkan
1-2 sudu besarbiji bijan
Minyak untuk menyapu/menyalut

Langkah Penyediaan

  1. Kisarkan daun pandan dan air bersama. Kemudian, tapiskan ke dalam jag besar.
  2. Pukulkan telur QL Omega, gula dan santan bersama. Tambahkan masuk jus pandan dan pewarna hijau.
  3. Gabungkan tepung dan garam di dalam mangkuk yang besar. Tambahkan campuran tepung ke dalam campuran pandan-santan.
  4. Tapiskan ke dalam jag.
  5. Panaskan ketuhar kepada 180°C. Setelah ketuhar telah dipanaskan, masukkan acuan ke dalam ketuhar selama 5 minit.
  6. Sapukan acuan dengan sedikit minyak. Tuangkan campuran ke dalam acuan.
  7. Pasangkan timer kepada 40 minit, sapukan dengan marjerin cair dan taburkan biji bijan selepas membakar 20 minit.
  8. Teruskan membakar sehingga masak. Biarkannya menyejuk dahulu sebelum memotong.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author