Ramen Makanan Laut Sejuk (Hiyashi Chuka)

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 15 minit
Sajian untuk: 4

Bahan-bahan

1 paket mi ramen segar
3 ketul Filamen Ikan QQ MUSHROOM, dibelah tengah
3 ketul Sashimi Snow Crab MUSHROOM
3 ketul Bebola Udang Galah MUSHROOM, dipotong empat
1 sudu tehtelur ketam
1 batang gegulung telur
½ batang timun Jepun, dihiris
4 biji tomato ceri, dibelah tengah
6 ketul labu (direbus)
20 gedamame
2 batang lobak putih, dihiris nipis
4 biji tau foo pok, digoreng dan dihiris
20 gcendawan shimeji
⅓ biji kubis
Beberapa tangkal kucai Cina
Sos Dressing Bijan:
3 sudu besarpes bijan (tahini)
3 sudu besarkicap cair
3 sudu tehgula
3 sudu besarminyak bijan
12 sudu besarstok ayam
1 sudu besarbijan, dipanggang

Langkah Penyediaan

  1. Untuk menyediakan sos dressing bijan, gabungkan pes bijan, kicap cair, minyak bijan, stok ayam dan bijan. Gaul sebati dan sejukkan.
  2. Celurkan (blanch) Filamen Ikan QQ MUSHROOM, Sashimi Snow Crab MUSHROOM, Bebola Udang Karang MUSHROOM dan ramen dalam air panas, keluarkan dan biarkannya menyejuk.
  3. Di dalam piring besar, letakkan ramen di tengah dan susunkan bahan-bahan sampingan di kelilingnya, dan sejukkan di dalam peti sejuk.
  4. Tuangkan sos bijan sebelum dihidangkan.
  5. Gaulkan bersama dan nikmati.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author