Nasi Goreng Omurice

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 2

Bahan-bahan

Nasi Goreng:
1½ sudu besarminyak masak
1 biji bawang besar, dicincang halus
50 gdaging dada ayam, dicincang halus
40 globak merah, dicincang halus
40 glada Bengala hijau, dicincang halus
10 gmentega
260 gnasi Jepun masak
1 sudu besarkicap cair
½ sudu besarsos tomato
1 sudu besarsos demi-glace
Lada hitam
Serbuk bawang putih
Telur Dadar:
4 biji telur QL Omega
1/16 sudu tehgaram
½ sudu besarminyak
Sos:
1 sudu besarkicap cair
1 sudu besarsos tomato
1 sudu besarsos demi-glace
1 sudu tehgula
2 sudu besarair
Topping:
Segenggam hirisan nori (rumpai laut kering)

Langkah Penyediaan

  1. Untuk menyediakan sos, didihkan semua ramuan di dalam kuali. Ketepikan dan kekal suam.
  2. Untuk menyediakan nasi goreng, panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang hingga wangi.
  3. Tambahkan ayam, lobak merah dan lada Bengala. Tumis hingga masak.
  4. Kemudian, tambahkan mentega, diikuti dengan nasi, dan goreng sehingga nasi dipanaskan dan diselaputi dengan minyak. Tambahkan lada hitam dan goreng selama 1 minit.
  5. Tambahkan kicap cair, sos tomato, sos demi-glace dan serbuk bawang putih. Gaul sebati untuk menyebarkan sos-sos dengan serata.
  6. Tekankan nasi goreng dengan ringan ke dalam mangkuk yang bulat atau bujur dan terbalikkan ke atas pinggan.
  7. Untuk menyediakan telur dadar, pukulkan telur QL Omega dan garam di dalam mangkuk dengan menggunakan sepasang penyepit kayu.
  8. Panaskan minyak di dalam kuali tanpa lekat dan tuangkan masuk telur QL Omega. Dengan menggunakan penyepit, kacaukan telur QL Omega di dalam kuali sehingga setengah masak. Setelah dasar telur dadar masak, luncurkannya ke atas nasi.
  9. Hiasi dengan nori dan sajikan.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author