Kuih Bahulu

Kuih bahulu yang juga dikenali sebagai ‘mini sponge cakes’ dalam bahasa Inggeris, adalah hidangan yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya semasa musim Tahun Baru Cina atau Hari Raya. Secara tradisional, ia dimasak di dalam acuan gangsa atas api arang (dengan penutupnya yang diletak arang di atasnya), yang memerlukan masa yang agak lama untuk ianya masak sepenuhnya. Kini, ia dimasak di dalam ketuhar, di mana ia menjimatkan masa dan tenaga. Acuan aluminium yang moden terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz, termasuklah bentuk bunga-bungaan dan haiwan, yang digemari kanak-kanak.

Selain itu, bahan-bahan lain termasuklah tepung biasa, gula kastor dan esen vanila. Jika anda inginkan kuih bahulu yang lebih ringan gebu, anda boleh menyidai tepung selama 2 jam atau mengeringkannya di dalam ketuhar (lebih kurang 120 C) selama 2 – 3 minit.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 40-60 minit
Menghasilkan: 24 – 30 biji, bergantung kepada saiz

Bahan-bahan

3 bijitelur QL Deli Fresh atau QL Omega
150 ggula kastor
160 gtepung biasa atau serbaguna (diayak)
1 sudu tehesen vanila
1/4 sudu tehsoda penaik (atau dikenali sebagai soda bikarbonat)
Minyak untuk memberus

Langkah Penyediaan

  1. Pukulkan telur dengan pemukul elektrik tangan sehingga ringan dan berbuih.
  2. Tambahkan gula kastor dan terus memukul sehingga gula melarut dan campuran menjadi pekat, pucat dan melekit.
  3. Tambahkan esen vanila dan campurkan masuk tepung sehingga sebati.
  4. Sapukan minyak yang secukupnya kepada acuan kuih bahulu dan isikan sehingga hampir penuh.
  5. Masakkan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180 C, selama 20 – 25 minit atau sehingga perang keemasan. Keluarkan bahulu dari acuan dengan pencungkil gigi dan biarkan ia menyejuk atas rak dawai.
  6. Ulangi dengan baki campuran. Bersihkan acuan setiap kali sebelum menyediakan kelompok bahulu yang seterusnya untuk mengelakkannya dari melekat kepada acuan.
  7. Kuih bahulu yang telah sejuk boleh disimpan di dalam bekas kedap udara sehingga 2 minggu.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

About the author