Udang Floss Telur Emas

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 15 minit
Sajian untuk: 6

Bahan-bahan

18 ekor udang harimau, urat dikeluarkan dan kulit dibiarkan
4 biji kuning telur QL Omega, dipukul dengan lembut
2 sudu besartepung jagung
1 sudu besargula
4 sudu besarmentega dengan garam
Minyak untuk goreng
2 tangkal daun kari
3 tangkal cili padi, dihiris nipis
10kacang buncis, dibelah dua

Langkah Penyediaan

  1. Dalam kuali atas api yang besar, tambahkan mentega dan minyak sehingga berbuih tapi berhati-hati supaya mentega tidak terbakar.
  2. Dengan menggunakan senduk, tuangkan kuning telur QL Omega perlahan-lahan dalam kuali dan kacaukan dalam arah bulatan yang kecil sehingga berbuih.
  3. Kacaukan sehingga berbuih-buih. Tambahkan gula, daun kari, cili padi dan kacang buncis.
  4. Kacaukan untuk 2 minit lagi. Buangkan minyak dan ketepikan.
  5. Salutkan udang dengan tepung jagung.
  6. Gorengkan udang sehingga kulitnya merah jambu dan masak.
  7. Sebelum menghidang, taburkan floss telur ke atas udang.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author