Steamboat Sup Daging Berlada

Paparan terakhir siri steamboat kami pada bulan perayaan ini adalah sup daging yang berlada lagi lazat untuk dijamu bersama Bebola Daging Lembu Figo kegemaran kami.

Sup daging ini tidak biasa ditemui di restoran steamboat, namum anda boleh menyediakannya dengan mudah hanya menggunakan beberapa ramuan sahaja.

Disediakan dengan tulang lembu, lobak merah, lobak putih (daikon), biji lada putih, bunga lawang dan garam, sup ini direneh atas api yang rendah selama 4 – 5 jam bagi mendapatkan rasa yang penuh dari tulang lembu. Hasilnya adalah sup lembu yang jernih, lazat dan berlada, di mana anda boleh menambahkan kepadanya hirisan daging (seperti lembu, kambing, ayam), cendawan segar dan sayur-sayuran kegemaran anda. Jika anda gemari sup yang lebih kaya rasanya, tambahkan kiub perasa ayam atau lembu untuk menambah rasanya.

Lobak merah dan putih menambahkan lagi rasa manis semulajadi kepada sup ini manakala bunga lawang memberikan aroma harum yang amat padan dengan rasa daging. Tambahan Bebola Daging Lembu Figo kepada sup 30 minit sebelum api dimatikan juga membantu untuk memperkayakan lagi rasa sup ini. Tekstur Bebola Daging Lembu Figo yang kenyal dan seronok dikunyah membuatkannya teman sejati kepada steamboat yang enak berlada ini.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 4 - 5 jam
Sajian untuk: 4 - 6

Bahan-bahan

Untuk sup:
1 kgtulang lembu, dipotong ketulan bersaiz sederhana
2 batang lobak merah (sederhana), dipotong ketul
1 batang lobak putih (sederhana), dipotong ketul
5 lair
1 sudu tehbiji lada putih (dihancurkan), atau secukup rasa
½ sudu tehbiji lada hitam (dihancurkan), atau secukup rasa
3 bijibunga lawang
Garam secukup rasa
1 ketulkiub perasa ayam atau lembu (terpulang)
Bahan Steamboat:
1 paketBebola Daging Lembu Figo (500g)
300 gdaging lembu kurang lemak, dihiris nipis 0.5cm
500 – 700 gsayur-sayuran pilihan anda, seperti kubis Cina, daun salad, bok choy, atau bayam
1 tincendawan butang, dibelah tengah
500 gcendawan segar pilihan anda, seperti Shiitake, Shimeji, Enoki atau Tiram
4 - 6 bijitelur QL Deli Fresh atau QL Omega
Mi pilihan anda

Langkah Penyediaan

  1. Masukkan tulang daging, lobak merah, lobak putih, biji lada putih dan hitam, bunga lawang dan air ke dalam periuk bersaiz sederhana dan biarkan mendidih. Setelah mendidih, kecilkan api dan biarkan mereneh selama 3 jam.
  2. Tambahkan setengah paket Bebola Daging Lembu Figo dan kiub perasa ayam/daging (jika guna) dan biarkan mereneh selama sejam lagi. Tambahkan garam jika perlu.
  3. Untuk menyaji, tuangkan sup ke dalam periuk steamboat, belanga atau periuk besi/shabu-shabu dan didihkannya. Tambahkan baki Bebola Daging Lembu Figo dan bahan steamboat yang lain. Biarkan mendidih lagi. Jika anda tidak gemari hirisan daging yang terlampau masak, anda boleh menambahkannya kemudian.
  4. Bila masak, sendukkan ramuan dengan senduk berlubang. Nikmatilah dengan sos mencelup kegemaran anda, bawang goreng, daun bawang potong atau ramuan sampingan yang lain.
  5. Tambahkan mi dan pecahkan masuk telur untuk terus masak di dalam sup yang mendidih.

 

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author