Sememangnya susah untuk menahan dari menjamu tart yang enak, terutamanya yang dibakar segar pada hari yang sama. Paipkan sedikit corak yang cantuk dengan inti blueberry kepada topping cheese untuk mencantikkan lagi tart anda!
Masa penyediaan: 45 minit
Masa memasak: 40 minit
Menghasilkan: lebih kurang 10 tart besar, 25 tart kecil dan 50 tart mini
Bahan-bahan
Pastri: | ||
---|---|---|
130 g | mentega | |
66 g | gula aising | |
250 g | tepung biasa | |
20 g | badam kisar | |
28 g | telur QL Omega | |
Topping Cream Cheese: | ||
250 g | cream cheese | |
20 g | mentega | |
60 g | gula aising | |
1 | telur QL Omega | |
Ramuan lain: | ||
Inti blueberry |
Langkah Penyediaan
- Sediakan pastry dengan memukul mentega dan gula aising hingga pucat. Tambahkan tepung, badam kisar dan telur QL Omega hingga adunan terbentuk.
- Tekankan adunan kepada acuan tart dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180°C selama 20-25 minit.
- Sambil menunggu tart masak, sediakan topping cream cheese dengan memukul bersama cream cheese, mentega dan gula aising hingga sebati. Pukulkan masuk telur QL Omega.
- Untuk memasang, letakkan sedikit inti blueberry kulit tart, isikan dengan campuran cream cheese dan hiaskan mengikut cita rasa anda.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180°C untuk 15 minit atau sehingga cheese sedia tegar.
- Sajikan pada tahap suhu bilik pada hari yang sama, atau sejukkan di dalam peti sejuk dan sajikan sejuk.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.