Pilihan anda takkan salah bila memilih semangkuk bebola pulut yang menyegarkan bagi perayaan solstis musim sejuk ini. Lebih-lebih lagi bila manisan ini penuh dengan kelapa laut yang sedap. Hidangkanlahnya bila seisi keluarga bermakan malam bersama sempena perayaan ini.
Nikmatilah detik-detik yang manis bersama resepi ini untuk 5 mangkuk Bebola Pulut dengan Manisan Kelapa Laut.
Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 5 minit
Sajian untuk: 5
Bahan-bahan
15 | Bebola Pulut Figo (perisa bijan) |
---|---|
750 ml | air |
60 g | gula perang |
35 g | jus lemon |
150 g | kelapa laut |
150 g | jeli aloe vera |
150 g | ketulan buah pic tin |
Langkah Penyediaan
- Didihkan air bersama gula perang di dalam periuk selama 4 minit atau sehingga gula perang larut.
- Biarkannya menyejuk selama 30 minit.
- Kemudian, masukkan ramuan lain bersama sirap gula dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 3 jam atau tambahkan kuib ais untuk menyejukkannya.
- Didihkan seperiuk air dan tambahkan Bebola Pulut Figo (perisa bijan). Keluarkannya dari air didih bila ia terapung. Tambahkannya bersama ramuan lain.
- Sajikan sejuk.
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai produk QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.