Jika jemu dengan penkek biasa, kenapa tak cuba Dorayaki QL? Dua keping penkek yang gebu membalut inti pes kacang merah yang manis – memang sedap dan sesuai untuk bila-bila masa sahaja.
Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 10 minit
Sajian untuk: 3
Bahan-bahan
| 140 g | tepung |
|---|---|
| 80 g | gula |
| 1 sudu besar | madu |
| ½ sudu teh | serbuk penaik |
| ¼ sudu teh | soda bikarbonat |
| 2 biji | telur QL Omega |
| ½ cawan | air |
| ½ sudu teh | kicap cair |
| 1 sudu teh | cuka |
| 1 sudu teh | minyak |
| Pes kacang merah |
Langkah Penyediaan
- Pukulkan telur QL Omega dengan gula dan madu di dalam mangkuk.
- Tambahkan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat yang telah diayak.
- Dengan perlahan, tambahkan air, kicap cair, cuka dan minyak. Pukul sehingga licin.
- Sendukkan sedikit campuran ke atas kuali yang panas. Bila buih mula membentuk, terbalikkan penkek dan masak sehingga sebelahnya perang keemasan.
- Sapukan dua sudu besar pes kacang merah adzuki ke atas penkek, dan tutupkan dengan sekeping lagi seperti sandwic.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.








