Omelette Soufflé yang ringan gebu ini penuh dengan inti yang enak seperti daging salai lembu, keju dan tomato kering. Oh ya, ianya begitu mudah dan pantas untuk disediakan bagi sarapan atau hidangan tengahari yang penuh dengan protein.
Kami menggunakan telur QL Deli Fresh, yang penuh dengan nutrien dan mengandungi kolestrol sehingga 40% lebih rendah berbanding telur biasa. Dapatkanlahnya dari pasaraya yang terdekat dengan anda.
Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 7 minit
Sajian untuk: 1 - 2
Bahan-bahan
4 biji | telur QL Deli Fresh |
---|---|
15 g | tomato kering (sun dried) |
30 g | daging salai lembu (beef jerky) |
20 g | keju parmesan |
1 sudu besar | minyak |
Secubit garam | |
Secubit lada sulah | |
Salad campuran (sebagai hidangan sampingan) |
Langkah Penyediaan
- Asingkan kuning telur QL Deli Fresh dari putih telur.
- Cincangkan tomato kering dan bacon dengan kasar.
- Dalam mangkuk, pukulkan putih telur sehingga ringan dan gebu. Perisakan dengan garam dan lada.
- Gabungkan semula kuning dan putih telur. Gaulkan masuk setengah keju parmesan, tomato kering dan daging salai.
- Panaskan minyak di dalam kuali kecil dan tuangkan masuk campuran telur. Biarkannya masak selama 2 minit sehingga ianya naik. Kemudian, taburkan baki keju, tomato dan daging salai.
- Lipatkan omelette dan biakannya masak selama 3 minit lagi.
- Lapisan luar sepatutnya perang keemasan dan dalamnya masih ringan dan berkrim.
- Sajikan omelette soufflé dengan serta merta dengan sedikit salad.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.