Chawan Mushi

Chawanmushi – yang bermaksud “dikukus di dalam cawan teh’ dalam bahasa Jepun, adalah kastard telur masakan Jepun yang klasik. Alangkah enaknya bila dijamu pada malam yang sejuk.

Resepi chawanmushi ini penuh dengan kebaikan dan sesuai untuk jantung yang sihat. Kami mempersembahkan Chawanmushi dengan Crab Stick, Cendawan dan Kacang Gingko.

Anda hanya memerlukan beberapa ramuan asas untuk menyediakan chawanmushi. Resepi yang tradisional biasanya menggabungkan telur, dashi (stok yang direneh dari rumpai laut dan empingan ikan bonito) dan kicap cair untuk kastard telurnya, tetapi anda boleh menggantikan dashi dengan stok ayam. Hasilnya sama sedap sahaja. Ramuan yang biasanya digunakan bersama adalah seperti kacang gingko, cendawan Shiitake, makanan laut (seperti crab stick, udang, kek ikan Jepun) dan/atau daging ayam. Anda boleh juga memasukkan ramuan lain seperti lobak atau sayuran yang lain.

Resepi chawanmushi kami menggunakan telur QL Omega, yang diperkayakan dengan Omega-3 (asid lemak penting yang dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular) dan mengandungi kolestrol sehingga 50% lebih rendah berbanding telur biasa.

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 20-30 minit
Menghasilkan: 6 chawan mushi

Bahan-bahan

4biji telur QL Omega (lebih kurang 200 ml)
600 mlstok ayam yang separa hangat atau disejukkan (jangan terlampau panas, kerana ia akan memasak telur bila digaul bersama, anda boleh menggunakan kiub/serbuk stok ayam, larutkan dalam air panas dan biarkan sejuk)
1 sudu tehkicap cair atau shoyu Jepun
Garam (secukup rasa, terpulang)
4batang Imitation Crab Stick MUSHROOM, dipotong ketulan kecil
18biji kacang gingko mentah, dibuang kulit dan dikupas selaput kulitnya
6tangkal cendawan Shiitake kering, direndam lembut, dihiris setebal 1 cm
1batang daun bawang, dipotong kecil (sebagai perhiasan)

Perkakas: Cawan teh Jepun yang tahan panas, atau cawan teh Cina yang tahan panas, mangkuk ramekins atau mangkuk biasa

Langkah Penyediaan

  1. Rebuskan kacang gingko mentah dalam air mendidih selama 5 – 8 minit. Ini supaya kacang gingko masak sepenuhnya semasa mengkukus nanti.
  2. Dalam mangkuk bersaiz sederhana, pukulkan telur dengan sepasang penyepit sehingga sebati. Elakkan dari menggebukan telur supaya buih tidak terbentuk bila dikukus.
  3. Dalam mangkuk yang lain, campurkan stok ayam, kicap cair dan garam (jika guna). Tuangkan campuran stok ini kepada telur, gaul sebati dan tapiskan melalui penapis yang halus ke dalam jag pengukur. Tepiskan buih atas permukaan campuran yang ditapis.
  4. Bahagikan potongan Imitation Crab Stick MUSHROOM, cendawan Shiitake, dan kacang gingko ke dalam cawan teh. Tuangkan campuran telur yang ditapis ke dalam cawan dengan perlahan-lahan untuk mengelakkannya dari berbuih. Isikan cawan sehingga lebih kurang ¾ penuh.
  5. Tutupkan cawan dengan penutup (atau keranjang aluminium) dan masukkan ke dalam pengukus yang telah dipanaskan. Tutupkan penutup pengukus dan kukus atas api yang tinggi selama 2 -3 minit. Kemudian, rendahkan api kepada rendah sederhana dan teruskan mengukus selama 15 – 20 minit. Masa memasak bergantung kepada suhu mengukus. Semak kastard telur selepas 12 – 15 minit jika ia telah masak. Bila chawanmushi dah masak, kastard akan sedia pejal tetapi masih sedikit goyah. Tebuskan dengan pencungkil gigi dan ianya patut keluar dengan bersih. Jika permkaannya retak atau kelihatan kasar, ini bermakna ia telah terlampau masak.
  6. Keluarkan dari pengukus dan hidangkan dengan serta merta bersama sudu teh atau kekalkan panas dalam pengukus (matikan api) sehingga sedia dihidangkan. Taburkan dengan potongan daun bawang sebelum dihidangkan.

Petua QL Kitchen:

  • Kacang gingko boleh didapati dari kedai ubat Cina atau kedai runcit, malah ia juga boleh didapati dari pasaraya.
  • Jika anda tidak mempunyai stok ayam yang tersedia, anda juga boleh menyediakan chawanmushi dengan menggunakan air untuk menggantikan stok, shoyu dan garam. Akan tetapi, rasanya akan kurang sedikit jika dibanding.
  • Jika anda lebih menggemari kastard telur yang lebih pejal, anda boleh mengurangkan isi pada stok ayam kepada 500 atau 550ml.

Telur QL Omega boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

About the author