Briyani Kari Ikan

Masa penyediaan: 40 minit
Masa memasak: 1 jam
Sajian untuk: 4

Bahan-bahan

Kari Ikan:
1 paketBebola Ikan Kari MUSHROOM
125 gkacang dhal, dibilas sehingga airnya jernih
1 lair
1½ sudu besarminyak
1 bijibawang merah Bombay, dicincang
2 batangcili hijau, dihiris nipis
1 ketulhalia, lebih kurang 1cm, dihiris nipis
2 sudu tehjintan putih
½ sudu tehserbuk kunyit
1½ sudu tehserbuk ketumbar
Ketumbar segar sebagai perhiasan
Garam dan lada secukup rasa
Kari Ikan (Untuk Dikisar):
2 bijitomato bersaiz sederhana
1 ulasbawang putih
Nasi Briyani:
2 sudu besarminyak masak
2 sudu besarminyak sapi
1 sudu besarrempah briyani
2 cawanberas Basmathi, direndam selama 10 minit
2¾ cawanair
½ cawansusu sejat
10 gserbuk/kiub stok ayam
3 helaidaun pandan, dihiris kepada kepingan sepanjang 3 cm
Beberapa titik pewarna makanan oren
Beberapa titik pewarna makanan merah
¼ cawankismis
¼ cawanemping badam, dipanggang
Segenggam daun pudina
Nasi Briyani (Rempah Kering):
1 batangkayu manis
3 bijicengkih
2 bijibunga lawang
2 bijibuah pelaga
Nasi Briyani (Untuk Dikisar):
1 biji bawang merah
4 biji bawang merah kecil
2 ulasbawang putih
1 cmhalia

Langkah Penyediaan

  1. Untuk menyediakan kari ikan, masukkan kacang dhal dan 900ml air di dalam periuk dan didihkan. Buangkan buih mendakan pada permukaan air jika ada dengan sudu.
  2. Turunkan api dan biarkan kacang dhal merebus selama 35 - 40 minit. Tutupkan penutup periuk tetapi ingat untuk mengacau kacang dhal dari semasa ke semasa. Tambahkan lagi air jika perlu. Kacang dhal yang telah masak sepatutnya lembut disentuh.
  3. Setelah kacang dhal masak, keluarkan dari periuk dan pecahkannya dengan menggunakan pemukul whisk. Ketepikan kacang dhal seketika untuknya menyejuk dan memekat.
  4. Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali atas api sederhana. Tambahkan jintan putih dan tumis hingga wangi.
  5. Tambahkan bawang merah, cili hijau dan halia, dan tumis selama 4 – 5 minit. Kemudian, tambahkan campuran tomato dan bawang putih kisar dan gaul sebati.
  6. Seterusnya, tambahkan serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan 100ml air ke dalam kuali. Kacau sebati.
  7. Tambahkan perisa secukup rasa dan reneh atas api sederhana selama 15 – 20 minit, atau hingga minyak naik ke atas permukaan sos.
  8. Tambahkan kacang dhal masak dan Bebola Ikan Kari MUSHROOM dan kacau sebati. Tambahkan lagi air jika perlu.
  9. Biarkan campuran mendidih sehingga bebola ikan kari masak sepenuhnya. Periksakan perisa dan akhirnya, hiaskan dengan daun ketumbar segar sebelum menyaji.
  10. Seterusnya, mari kita sediakan nasi biryani pulak. Di dalam periuk, panaskan minyak dan minyak sapi atas api sederhana dan tumiskan rempah kering, campuran bahan kisar (bawang merah, bawang merah kecil, bawang putih dan halia) dan rempah briyani hingga wangi. Matikan api.
  11. Di dalam periuk nasi, tambahkan campuran bahan yang telah ditumis dengan nasi, air, susu sejat, stok ayam dam daun pandan. Gaulkan dan biakan nasi masak.
  12. Setelah nasi masak, tambahkan beberapa titik pewarna makanan merah dan oren. Gaul untuk sebatikan dan tutupkan penutup semula.
  13. Hiaskan nasi briyani dengan kismis, emping badam dan daun pudina sebelum menyaji. Sajikan panas.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author