Tart kelapa ini wangi dengan keharuman gula Melaka dan pandan….sedapnya! Kami mengesyorkan anda tart ini sebelum berbuka puasa supaya ianya boleh dinikmati panas.
Masa penyediaan: 40 minit
Masa memasak: 20 minit
Menghasilkan: 25 small tartlets
Bahan-bahan
Untuk Tart: | ||
---|---|---|
65 g | mentega, dengan garam | |
30 g | gula aising | |
145 g | tepung biasa | |
10 g | badam kisar | |
20 g | telur QL Deli Fresh | |
Kelapa Gula Melaka: | ||
50 ml | air | |
30 g | gula Melaka | |
10 g | gula perang | |
1 helai | daun pandan | |
100 g | parutan kelapa segar | |
30 g | mentega | |
15 g | telur QL Deli Fresh |
Langkah Penyediaan
- Sediakan kelapa gula Melaka dengan memasukkan air, gula Melaka, gula perang dan daun pandan di dalam mangkuk yang sesuai untuk ketuhar gelombang. Masakkan di dalam ketuhar gelombang pada tinggi selama 1 minit dan gaul sebati.
- Tambahkan parutan kelapa dan mentega. Masakkan di dalam ketuhar gelombang selama 2 minit lagi, dan gualkan dari semasa ke semasa.
- Tambahkan 15g telur QL Deli Fresh dan gaul sebati. Biarkan seketika.
- Untuk tart, pukulkan mentega dan gula aising sehingga berkrim dan tambahkan telur QL Deli Fresh. Teruskan pukul hingga sebati.
- Gabungkan tepung dan badam kisar, dan gaulkan masuk ke dalam campuran mentega untuk membentuk adunan.
- Ambilkan sedikit adunan dan tekankannya pada acuan tart. Cucukkan lubang pada adunan dengan garpu. Ikuti dengan lebih lagi acuan dengan baki adunan.
- 7. Sudukan campuran inti kelapa ke atas dasar tart dan bakarkan tart di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 160°C selama 15-20 minit.
- Keluarkan tart dari acuan dan sajikan panas.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.