Nasi Merah Goreng Teriyaki

Hidangan nasi goreng ini sememangnya istimewa. Ianya gabungan seimbang antara makanan laut yang mudah disediakan bersama edamame yang bukan sahaja menjadikan hidangan ini kelihatan menarik, malah penuh dengan serat dan protein.

 

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 10 minit
Sajian untuk: 2

Bahan-bahan

2 sudu tehminyak bijan
1 bijibawang merah, dihiris
1 ulasbawang putih, dicincang
½ incihalia, dihiris
2 bijiFilamen Ikan QQ MUSHROOM, dipotong dadu
2 bijiBebola Berperisa Udang Galah MUSHROOM, dipotong dadu
2 bijiKing Crab Chunk MUSHROOM, dipotong dadu
3 sudu besarsos teriyaki
½ cawanedamame, direbus dan dikopek
1½ cawannasi merah (red rice) masak
Untuk perhiasan:
2 tangkaldaun bawang, bahagian putih dan hijau sahaja, dihiris nipis
2 ketulFried Crab Stick MUSHROOM, dihiris dan digoreng sehingga rangup

Langkah Penyediaan

  1. Dalam kuali bersaiz sederhana, panaskan minyak bijan atas api sederhana dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
  2. Tambahkan Filamen Ikan QQ, Bebola Berperisa Udang Galah dan King Crab Chunk, dan goreng selama 2-3 minit.
  3. Tambahkan sos teriyaki dan kacang edamame.
  4. Akhirnya, tambahkan masuk nasi merah, goreng dan gaul sebati. Hiaskan dengan daun bawang dan sajikan bersama Fried Crab Stick rangup.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author