Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 2 - 3
Bahan-bahan
140 g | Filamen QQ QL MUSHROOM | |
---|---|---|
120 g | bihun masak atau mi pilihan anda | |
3 ulas | bawang putih | |
6 | cendawan shiitake kering, direndam dan 200ml air rendamannya disimpan | |
3 biji | tomato ceri, dibelah tengah | |
Segenggam cendawan shimeji | ||
1 l | stock ikan | |
2 biji | plum masin, dibuang biji | |
80 g | sawi jeruk masin (xian cai) | |
1 sudu besar | kicap cair | |
½ sudu besar | kicap pekat manis | |
1 sudu besar | minyak | |
Garam secukup rasa | ||
Gula secukup rasa | ||
Tepung jagung dan air sebagai pemekat | ||
Secubit serbuk lada | ||
Hiasan: | ||
Saderi Cina | ||
Cili merah, dipotong |
Langkah Penyediaan
- Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan lada puith dan cendawan shiitake sehingga wangi, tambahkan cendawan shiimeji dan Filamen QQ QL MUSHROOM. Tumis untuk beberapa minit lagi.
- Tambahkan sawi jeruk, plum masin, tomato dan gaul sebati.
- Tuangkan masuk stock dan air rendaman cendawan shiitake dan reneh selama 10 minit. Tambahkan kicap dan reneh selama beberapa minit dan perisakan secukup rasa.
- Didihkan sup dan pekatkan dengan campuran tepung jagung.
- Sajikan bihun atau mi dengan sup. Hiaskan dengan saderi Cina dan cili merah.
Petua QL Chef:
- 30g susu sejat juga boleh ditambah untuk rasa ‘mi kepala ikan klasik’
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.