Jarang kami merasai hidangan yang begitu sedap sehingga tak terlupa-lupa. Bila ditemui, semestinya mengidamkan lebih lagi!
Semasa musim perayaan ini, berilah para tetamu anda memori yang enak dengan hidangan yang sukar dilupakan ini – ayam percik bakar dengan nasi himpit dalam cawan spring roll Figo.
Keenakan ayam bakar dan rasa pedas berempah sos percik ini melazatkan setiap suap nasi himpitnya. Lebih-lebih lagi, nasi himpit tradisional yang dihidangkan dengan cawan spring roll Figo ini semestinya membangkitkan memori indah perayaan silam.
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 30 minit
Menghasilkan: 16 cawan
Bahan-bahan
Untuk ayam bakar: | ||
---|---|---|
4 ketul | daging paha ayam (dibuang tulang) | |
1 biji | bawang merah (dikisar) | |
2 ulas | bawang putih (dikisar) | |
1/2 sudu teh | garam | |
Secubit lada sulah | ||
Bahan untuk dikisar (sos percik): | ||
20 g | bawang putih | |
20 g | cili kering | |
2 | buah keras | |
10 g | halia | |
100 g | bawang merah kecil | |
5 g | kunyit | |
60 ml | minyak | |
Other ingredients: | ||
2 batang | serai (ditumbuk kasar) | |
1 sudu teh | gula Melaka | |
1 sudu teh | garam | |
50 ml | stok ayam / air | |
2 sudu besar | sos tomato | |
300 ml | santan | |
10 biji | nasi himpit | |
1 paket | Pastri Spring Roll Figo | |
30 g | mentega cair | |
Daun bawang (dihiris nipis) | ||
Cili (dihiris nipis) |
Langkah Penyediaan
- Untuk menyediakan ayam, perapkannya dengan bahan yang dikisar serta garam dan lada. Biarkan di tepi.
- Untuk sos pula, kisarkan semua bahan untuk dikisar dan tumis sehingga harum bersama serai. Kemudian, tambahkan stok ayam, sos tomato, santan, garam dan gula Melaka. Masak sehingga sos memekat.
- Sapukan 2 helai pastri spring roll Figo dengan mentega cair. Letakkan pastri di dalam tin muffin dan bakar di dalam ketuhar pada 160⁰C selama 5 minit atau sehingga ianya sedikit perang.
- Panggangkan ayam sehingga masak dan potong kepada ketulan dadu yang kecil.
- Untuk menyaji, masukkan sedikit nasi himpit ke dalam cawan spring roll Figo, diikuti dengan ayam panggang dan sos percik.
- Hiaskan dengan hirisan daun bawang dan cili di atasnya sebelum disaji.
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai produk QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.