Kebab Makanan Laut dan Sayuran Panggang

Resepi Kebab Makanan Laut dan Sayuran Panggang ini memang senang untuk disediakan. QL MUSHROOM mempunyai banyak produk makanan laut yang berkualiti dan sesuai untuk parti. Anda boleh membeli produk makanan laut beku kami dan simpan di dalam peti beku terlebih dahulu, kemudian nyahbekukan pada tahap suhu bilik selama lebih kurang sejam.

Bila sedia, cucukkan batang lidi atau pencucuk keluli menerusi makanan laut tersebut bersama dengan sayuran kegemaran anda. Kami mencadangkan lada Benggala, bawang merah, tomato ceri ataupun cendawan butang. Anda juga boleh tambahkan ketulan ayam atau makanan laut lain seperti udang dan sotong kepada resepi kebab ini. Kemudiannya, anda cuma perlu membiarkannya, sementara anda sediakan hidangan lain.

Panggang kebab di dalam ketuhar atau BBQ untuk selama 20 minit. Hidangkan bersama hirisan limau atau lemon dan sos kegemaran anda. Salad yang mudah, pasta yang menyelerakan ataupun manisan yang mempersonakan adalah tambahan yang baik pada parti anda.

Selain parti, anda juga boleh membuat kebab ini sebagai snek yang pantas di rumah. Ini adalah cara yang baik untuk menggalakkan anak anda memakan sayuran juga!

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 8 - 10

Bahan-bahan

1 paket Sandwich Ikan MUSHROOM (paket 180 g)
1 paket Oborotsuki MUSHROOM (paket 180 g)
1 paket Bebola Ikan Goreng MUSHROOM (s)
1 bijilada Benggala (hijau, merah atau kuning), potong segi empat 2cm x 2cm
200 gtomato ceri
1 bijibawang merah besar, dipotong baji
Minyak zaitun atau minyak masak untuk memberus
Sos cili, tomato, teriyaki atau BBQ untuk mencecah
1 bijilimau atau lemon, dipotong baji untuk dihidang

Perkakas: batang lidi atau pencucuk BBQ keluli

Langkah Penyediaan

  1. Nyahbekukan produk makanan laut MUSHROOM pada tahap suhu bilik selama lebih kurang 1 jam.
  2. Cucukkan produk makanan laut dan sayuran dengan batang lidi ataupun pencucuk keluli, dan biarkan.
  3. Beruskan kebab dengan minyak zaitun atau minyak masak secara ringan. Panggang selama 20 minit di ketuhar yang dipanaskan ke 180 C atau di atas pemanggang BBQ, sehingga sayuran masak dan produk makanan laut sedikit perang.
  4. Hidangkan dengan serta-merta dengan sos kegemaran anda dan potongan limau atau lemon.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

About the author