Brownies memang manisan kegemaran ramai tak kira bila-bila masa sahaja. Tak kira untuk jamuan potluck atau dinikmati di rumah sahaja, brownies adalah cara yang sempurna bagi menamatkan makan malam yang enak. Paling baiknya adalah ia boleh menjadi pilihan yang berkhasiat dengan bahan-bahan yang betul.
Apakan kandungannya? Penyelidikan menunjukkan bahawa coklat gelap mampu memulihkan flexibiliti arteri dan mengurangkan risiko arteri tersumbat. Tambahan itu, koko boleh membantu merendahkan kandungan kolestrol yang tidak sihat (LDL). Satu lagi ramuan penting untuk resepi yang sihat ini adala telur QL Omega yang mengandungi kolestrol 50% lebih rendah berbanding telur biasa dan kaya dengan Omega-3, bahan yang sesuai bagi jantung anda.
Bahan-bahan
150 g | mentega tanpa garam |
---|---|
130 g | gula pasir |
110 g | gula perang |
½ sudu teh | esen vanila |
2 biji | telur QL Omega, dipukul |
85 g | tepung biasa |
35 g | serbuk koko |
Secubit serbuk penaik | |
Secubit garam | |
25 g | emping badam, dipanggang |
35 g | pistachio |
Langkah Penyediaan
- Panaskan ketuhar kepada 180°C. Alaskan dasar dan tepi tin kek 7” x 7” dengan kertas parchment.
- Pukulkan bersama mentega cair dengan gula pasir dan perang.
- Tambahkan esen vanila dan telur QL Omega.
- Dalam mangkuk yang lain, ayakkan bersama tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan garam.
- Lipatkan masuk ke dalam campuran mentega dan gaul sehingga sebati.
- Lipatkan masuk emping badam.
- Tuangkan campuran ke dalam tin kek dan taburkan pistachio ke atasnya.
- Bakar selama 35 hingga 40 minit atau sehingga masak. Biarkannya menyejuk sebelum memotong kepada segi empat untuk menyaji.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.