Resepi mee goreng pedas dengan makanan laut ini diubahsuai dari mee goreng Hailam, disediakan dengan mee kuning yang senang didapati dari pasar atau pasaraya, udang dan sotong, Tauhu Makanan Laut QL MUSHROOM, kubis, dan diiringi dengan hirisan cili merah.
Hidangkan hidangan ini dengan potongan cili padi dalam kicap, dan sepicit limau untuk rasa pedas dan menyelerakan!
Tekstur lembut dan berspring Tauhu Makanan Laut QL Mushroom, bergabung dengan makanan laut, mee dan sayuran, manjadikan ia selazat, malah mungkin lebih lazat daripada apa yang anda boleh dapati di gerai mamak!
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 15 minit
Sajian untuk: 4
Bahan-bahan
1 paket | Tauhu Makanan Laut QL MUSHROOM (180 gm), dinyahbeku dan dihiris | |
---|---|---|
100 g | udang (bersaiz sederhana), dikupas kulit dan dibersih | |
100 g | sotong, dibersih dan dipotong cincin (ring) | |
100 g | kubis, dipotong kecil | |
300 g | mee kuning | |
4 ulas | bawang putih, dicincang | |
2 sudu besar | minyak masak | |
1 batang | cili merah, dihiris | |
Potongan cili padi | ||
Kicap cair | ||
2 biji | limau | |
Sos (digaul bersama di dalam mangkuk): | ||
1 sudu besar | sos tiram | |
1 sudu teh | kicap pekat | |
1 sudu besar | kicap cair | |
1/4 sudu teh | garam (atau secukup rasa) | |
1 sudu besar | cili boh | |
100 ml | air |
Langkah Penyediaan
- Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan udang, sotong dan Tauhu Makanan Laut QL Mushroom, dan masak selama 2 – 3 minit. Tambahkan kubis dan masak selama 2 minit lagi.
- Tuangkan masuk sos yang telah digaul, kacau seketika. Masukkan mee dan masak selama 5 minit sehingga diselaputi sebati dengan sos.
- Matikan api, taburkan hirisan cili dan hidangkan serta merta dengan potongan cili padi dalam kicap cair dan limau.
Petua QL Kitchen
- Rasalah bebas untuk mengubah sukatan cili boh mengikut kesukaan anda.
- Tambahkan rasa pedas dengan cili padi yang lebih.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.