Cucur Crab Stick

Bayangkan perasan letih dan lenguh lepas kerja. Anda berasa lapar tetapi tidak ingin memasak hidangan yang memenatkan. Dalam situasi seperti itu, resepi cucur ini sememangnya sesuai. Cucur ini snek yang cepat disediakan dan sempurna untuk dikunyah bila menonton TV. Sediakan secukupnya (memang mudah saja) dan anda bebas untuk menikmati malam anda.

Rahsia untuk resepi cucur crab stick yang baik, takpa syak lagi, quality crab stick yang digunakan dan campuran tepungnya. Pastikan kedua-dua ini betul dan yang lainnya senang sekali. Crab Stick QL MUSHROOM penuh dengan rasa dan mempunyai tekstur yang seiras dengan ketam yang asli. Anda boleh mendapatkan Crab Stick QL MUSHROOM di semua rangkaian pasaraya terkemuka.Untuk campuran tepung pula, tambahkan secubit serbuk kunyit, garam, gula, lada dan ia akan rasa lazat sekali. Bila masak, ianya sepatutnya rangup tetapi masih seronok dikunyah. Hidangkan cucur crab stick ini bersendirian atau dengan sos cili/tomato.

Anda boleh mengubahsuai resepi cucur ini dengan menambahkan lada Benggala, daun bawang, lobak merah, bawang merah, kacang hijau, yang mana anda suka. Ini sememangnya hidangan mudah yang anda perlu cuba.

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 30 minit
Sajian untuk: 5

Bahan-bahan

2 cawantepung serba guna
1 bijitelur QL Deli Fresh, dipukul
1 sudu tehserbuk penaik
1/4 sudu tehserbuk kunyit
1 cawanair
1/2 sudu tehgaram (atau secukup rasa)
1/4 sudu tehserbuk lada
1 sudu tehgula
8Crab Stick QL MUSHROOM, dipotong kecil
1/2 bijilada Benggala merah, dipotong kiub kecil
1/2 bijilada Benggala hijau, dipotong kiub kecil
4 tangkaldaun bawang, dicincang
Minyak masak untuk menggoreng

Langkah Penyediaan

  1. Gaulkan tepung, serbuk penaik, serbuk kunyit, garam, lada dan gula sebati di dalam mangkuk. Buatkan lengkuk di tengah, tuangkan masuk telur yang telah dipukul dan air, dan pukul dengan pemukul dawai untuknya sebati. Tambahkan air jika campuran terlalu pekat.
  2. Masukkan Crab Stick QL MUSHROOM, lada Benggala merah dan hijau, dan daun bawang. Gaulkan sebati dan biarkan campuran untuk 10 – 15 minit.
  3. Panaskan minyak masak di periuk atau kuali sehingga hampir mengasap. Untuk memastikan minyak cukup panas, celupkan penyepit kayu ke dalam minyak, dan hujungnya akan membuih jika minyak cukup panas.
  4. Untuk menghasilkan cucur yang seimbang saiznya, panaskan senduk keluli yang kecil di dalam minyak panas selama 1 – 2 minit, kemudian tuangkan campuran ke senduk panas, dan celupkan ke dalam minyak panas. Cucur akan longgar dari senduk selepas digoreng selama 20 – 30 saat. Goreng selama 3 -4 minit atas api sederhana rendah, dan pusingkan cucur dari semasa ke semasa sehingga ia perang keemasan.
  5. Keluarkan cucur dari minyak dengan penyepit dan keringkan minyak berlebihan dengak kertas.

Petua QL Kitchen:

  • Anda juga menambahkan rasa cucur dengan tambahan ½ sudu teh serbuk/kuib perasa ikan bilis kepada campuran.
  • Adakah anda ibubapa yang memerlukan idea hidangan yang baru? Resepi cucur crab stick ini memenuhi semua kehendak si kecil: rangup, enak dan berwarna-warni. Cucur crab stick ini akan menjadi kegemaran anda sekeluarga.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

About the author