Perayaan Dongzhi adalah salah satu perayaan yang paling penting bagi rakan-rakan Cina, menandakan ketibaan musim sejuk. Ia adalah masa untuk seluruh keluarga bersama untuk menikmati semangkuk tang yuan (bebola pulut), yang melambangkan penyatuan.
Sempena perayaan ini minggu depan, kami membawa kepada anda resepi bebola pulut yang mudah dan berbeza, yang menggunakan Bebola Pulut Figo, produk baru keluaran Figo. Ia adalah alternatif yang mudah berbanding menyediakannya sendiri, tapi rasanya seiras dengan versi homemade kegemararan anda.
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 15 minit
Sajian untuk: 2 - 3
Bahan-bahan
350 g | labu |
---|---|
30 g | gula |
350 ml | air |
20 ml | susu sejat |
9 biji | Tang Yuan Figo (Bebola pulut) Perisa Kacang Merah/Perisa Bijan |
Langkah Penyediaan
- Rebuskan labu dan gula dengan air selama 10 minit. Biarkannya menyejuk.
- Kisarkan labu bersama sehingga licin sebati,
- Didihkan seperiuk air dan tambahkan Bebola Pulut Figo. Masak sehingga Bebola Pulut Figo terapung, dan keluarkan dari air.
- Sudukan sup labu ke dalam mangkuk dan letakkan Bebola Pulut Figo ke atasnya.
- Tuangkan susu sejat ke atasnya sebelum menyaji.
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai produk QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.