Muffin adalah hidangan yang sesuai bila-bila masa sahaja. Gebu dan rapuh dalam cara yang baik, inilah hidangan manisan yang tidak boleh dilepaskan.
Resepi muffin epal ini membawa kepada anda muffin yang penuh dengan keenakan epal dan kayu manis, dengan setiap mulut penuh dengan kerangupan streusel. Sumber proteinnya dari yogurt dan epal mengandungi kandungan vitamin dan mineral harian anda.
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 20 - 25 minit
Menghasilkan: 12 - 14 muffin
Bahan-bahan
Topping Oat Streusel: | ||
---|---|---|
45 g | kacang walnut, dicincang | |
35 g | oat rolled atau segera | |
30 g | tepung biasa | |
45 g | gula | |
30 g | mentega | |
¼ sudu teh | serbuk kayu manis | |
Adunan: | ||
210 g | tepung biasa | |
95 g | gula | |
10 g | serbuk penaik | |
¼ sudu teh | serbuk soda | |
½ sudu teh | serbuk kayu manis | |
¼ sudu teh | garam | |
2 biji | telur QL Deli Fresh, dipukul | |
240 g | yogurt Greek (tanpa gula) semulajadi | |
60 g | mentega cair | |
¼ sudu teh | esen vanila | |
2 biji | epal sederhana atau 3 biji epal kecil |
Langkah Penyediaan
- Sediakan topping oat dengan menggabungkan semua bahan-bahan sehingga ia sebati seperti crumble. Ketepikan seketika.
- Untuk menyediakan adunan, kupaskan kulit epal dan potongkan epal kepada kiub kecil.
- Ayakkan bahan-bahan kering bersama.
- Pukulkan bersama bahan-bahan basah sehingga sebati.
- Lipatkan masuk campuran kering kepada campuran basah, termasuk epal sekali.
- Isikan adunan sehingga ¾ penuh ke dalam tin muffin yang beralas kertas pengalas atau ke dalam cawan muffin kertas.
- Tambahkan topping oat ke atas muffin.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 190°C selama 20-25 minit atau hingga masak sepenuhnya bila diuji dengan kayu lidi.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.