Biskut Muesli

Ketulan-ketulan biskut yang rangup ini penuh dengan serat dan enak sekali, dengan muesli sebagai bahan asasnya dan diselaputi dengan coklat yang mewah. Sempurna untuk dinikmati bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda.

Untuk resepi ini, kami menggunakan telur QL Omega, yang rendah kandungan kolesterolnya dan penuh dengan rasa yang enak. QL Omega boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka berdekatan anda!

 

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 12 minit
Menghasilkan: 25 ketul

Bahan-bahan

175 gmentega tanpa garam
100 ggula kastor
1 biji telur QL Omega, besar
175 gtepung naik sendiri
175 gmuesli, dikisar
200 gcoklat memasak, dicairkan

Langkah Penyediaan

  1. Masukkan mentega yang telah dilembutkan, gula, telur QL Omega dan tepung di dalam mangkuk yang besar dan pukulkan sehingga sebati dan licin.
  2. Campurkan masuk muesli.
  3. Sudukan lebih kurang 25 sudu (menggunakan sudu teh) adunan ke atas tin pembakar yang telah dialaskan dengan kertas parchment, dengan ruangan lebih kurang 5cm di antara setiap biskut.
  4. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180C selama 10-15 minit atau sehingga perang keemasan. Alihkan kepada rak dawai untuknya menyejuk.
  5. Akhirnya, celupkan setengah setiap biskut ke dalam coklat cair.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author