Tiramisu

Bila-bila saja manisan gaya Itali disebut, semestinya Tiramisu yang pertama terlintas dalam minda kita. Nama Tiramisu ini bermaksud ‘ambillah saya’ (‘pick me up’) dalam bahasa Itali. Manisan berperisa kopi ini diperbuat daripada ‘ladyfingers’/span bentuk jejari (Savoiardi dalam Bahasa Itali) yang dicelup dalam kopi hitam pekat dan disalut dengan campuran telur, gula dan keju mascarpone yang dipukul. Kemudian, serbuk koko diayak di atas permukaannya untuk menyiapkan manisan ini. Gaya traditional menggunakan putih telur yang dipukul untuk menghasilkan campuran keju yang ringan tetapi kini whipped cream kerap digunakan untuk menggantikan putih telur mentah, untuk menggelakkan salmonella.

Penggunaan telur yang amat segar penting sekali. Resepi Tiramisu ini memerlukan kuning telur dimasak dengan kehangatan tidak langsung (double boiler) supaya telur tidak mengental dan tekstur cream cheese yang licin diperolehi. QL Eggs (QL Omega atau QL Deli Fresh) adalah pilihan yang sesuai untuk resepi ini, dan ia juga mengandungi 40 – 50% lebih rendah kolestrol berbanding dengan telur biasa.

Tiramisu paling sedap dinikmati bila sejuk dan disaji dengan kopi. Ia seharusnya disejukkan di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jam sebelum dihidangkan, agar campuran keju sedia tegar. Kami lebih suka membiarkannya menyejuk semalaman supaya rasanya lebih meresap sebati. Anda boleh menyediakannya dalam gelas individu atau dalam dulang tin, dan jika anda lebih suka lapisan keju yang lebih tegar, anda boleh menambahkan gelatin kepada campuran keju.

Terdapat banyak versi untuk manisan ini. Resepi Tiramisu kami amat mudah, di mana ia hanya menggunakan beberapa jenis ramuan untuk memberi anda campuran mascarpone berkrim yang kaya tapi masih ringan, berserta dengan Savoiardi yang berperisa kopi. Resepi Tiramisu ini memerlukan sedikit kemahiran dan usaha yang lebih tetapi dengan sedikit latihan, anda tentu mampu mengkagumkan semua dengan manisan yang mewah ini!

Masa penyediaan: 40 minit
Masa menyejuk: Sekurang-kurangnya 4 jam
Sajian untuk: 6-8

Bahan-bahan

4 bijikuning telur QL Deli Fresh atau QL Omega
100 ggula kastor
400 gkeju mascarpone (pada tahap suhu bilik)
250 mlkrim ‘heavy whipping’ or krim ‘double’
20 -24 ketul‘ladyfingers’/span bentuk jejari Itali(Savoiardi)
1 – 1 ½ cawancawan kopi hitam pekat, dicampur dengan 2 sudu besar gula kastor dan dibiar sejuk
Serbuk koko untuk diayak

Langkah Penyediaan

  1. Campurkan kuning telur dan gula dalam mangkuk tahan panas atau double boiler, di atas kuali dengan air mendidih.
  2. Dengan menggunakan pemukul dawai, kacaukan telur dan gula atas kehangatan sederhana selama 8-10 minit sehingga campuran memekat dan licin.
  3. Alihkan dari air mendidih dan pukulkan campuran tersebut sehingga teksturnya lebih pekat.
  4. Masukkan keju mascarpone di dalam mangkuk yang besar. Tuangkan masuk campuran kuning telur, dan kacau dengan sudu spatula plastic sehingga licin dan sebati.
  5. Di dalam mangkuk besi yang berlainan, pukulkan krim heavy/double dengan pemukul elektrik sehinga tegar. Elakkan dari memukul krim secara berlebihan kerana ia mungkin berubah serupa mentega. (Untuk keputusan yang paling baik, pastikan krim, mangkuk dan pemukul sejuk semasa proses memukul. Masukkannya ke dalam peti beku selama 10 – 20 minit sebelum memukul)
  6. Gaulkan masuk krim yang dipukul ke dalam campuran mascarpone sehingga sebati. Krim ini akan memberi tekstur yang ringan kepada campuran mascarpone.
  7. Untuk menyediakan Tiramisu, isikan gelas dengan campuran krim mascarpone sehingga 1/3 penuh. Patahkan span berbentuk jari dan celupkan ke dalam kopi untuk beberapa saat. Jangan rendamkannya kerana span akan menjadi telalu basah berkembang.
  8. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
  9. Ayakkan serbuk koko ke atas permukaannya sebelum disaji. Ia sesuai dinikmati bersama kopi.

Petua QL Kitchen:

  • Jika anda lebih suka Tiramisu yang lebih tegar, larutkan 2 sudu besar serbuk gelatin dengan 2 sudu besar air. Campurkan masuk bersama keju mascarpone dan campuran kuning telur-gula.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author