Dumpling Gyoza Udang Goreng

Garing, wangi dan lazat, inilah resepi Dumpling Gyoza Udang Goreng kami.

Jika anda ingin mengetahui bagaimana untuk menyediakan gyoza, anda di tempat yang betul. Tapi untuk mereka yang tidak tahu….apakah gyoza? Mudah saja, gyoza adalah perkataan Jepun untuk dumpling. Bila kami berkongsi resepi nasi goreng sebelum ini, kami menjanjikan resepi dumpling gyoza sebagai hidangan sampingan. Dumpling ini tak semestinya menjadi hidangan sampingan untuk nasi goreng (ataupun hidangan lain), ia adalah makanan ringan yang lazat juga. Hidangkannya semasa parti atau sebelum hidangan utama. Resepi dumping gyoza ini menggunakan Dumpling Udang FIGO, yang selazat dumpling yang terdapat di restoran Jepun. Tetapi, bila ia disediakan di rumah, dompet anda tentu lebih gembira.

Biasanya, dumpling gyoza dikelim, tetapi anda lebih suka kerangupan yang aromatik, anda juga boleh menggorengnya. Jika anda lebih prihatin mengenai kesihatan, anda juga boleh merebus atau mengukus dumpling anda. Tak kira cara mana yang anda lebih suka, langkah penyediaannya terdapat di bahagian belakang paket Dumpling Udang FIGO.

Dumpling gyoza goreng kami boleh dihidangkan dengan pelbagai jenis sos, yang lebih popular adalah mayonis, sos cili atau sos tomato. Semuannya sedia terdapat di kedai. Jika anda suka rasa yang lebih pedas, cubalah sos Thai pedas masam kami. Ia cuma memerlukan beberapa minit untuk disediakan.

Satu ciri baik dumpling gyoza kami, adalah bahawa ia tidak perlu dinyahbekukan sebelum digoreng. Keluarkan terus dari peti beku dan goreng dengan minyak panas (lebih kurang 180C) selama 2 minit sehingga rangup dan keemasan. Dumpling Gyoza FIGO juga terdapat dengan inti daging ayam yang disediakan dengan cara yang sama.

Masa penyediaan:
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 4

Bahan-bahan

1 paketDumpling Udang FIGO (10 biji)
Minyak memasak untuk menggoreng
Sos Thai:
2 sudu besarsos ikan
1cili merah, dicincang halus
3 tangkaldaun ketumbar, dicincang halus
2 sudu besarjus limau
1 sudu besargula halus (atau secukup rasa)

Langkah Penyediaan

  1. Sos Thai: Campurkan bahan-bahan di dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Biarkan di tepi.
  2. Panaskan lebih kurang 200ml minyak masak di dalam periuk kecil sehingga hampir mengasap (lebih kurang 180C jika anda mempunyai penyukat suhu penggoreng). Untuk memastikan minyak masak cukup panas, celupkan penyepit kayu ke dalam minyak, dan bahagian hujung penyepit akan berbuih jika minyak cukup panas.
  3. Dengan menggunakan sepasang penyepit, masukkan dumpling gyoza dengan berhati-hati ke dalam minyak panas dan goreng selama 2 minit atas api sederhana-rendah sehingga perang keemasan, pusing dari masa ke semasa untuk memastikan ia digoreng serata.
  4. Keluarkan dumpling gyoza goreng dari minyak panas dan keringkan minyak dengan kertas.
  5. Hidangkan serta-merta dengan sosnya.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.

About the author