Aroma yang kaya dari tulang lembu menjadi sup steamboat yang enak bersama daging dan sayur-sayuran. Mudah untuk disediakan, di mana rasa sup ini lebih kaya jika direneh untuk lebih lama. Tambahan itu, anda boleh juga mengubahsuai resepi ini dengan menggunakan rempah yang berlainan mengikut cita rasa kegemaran anda.
Resepi sup tulang ini memaparkan 4 produk MUSHROOM yang enak: Filamen Ikan QQ, Bebola Ikan Goreng, Nuget Ikan dan Sandwic Ikan. Produk MUSHROOM sememangnya popular dan digemari bagi teksturnya yang berspring lagi lazat. Ketahuilah lebih lagi mengenai rangkaian produk MUSHROOM di sini.
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 8
Bahan-bahan
3 biji | bawang merah (dihiris) |
---|---|
2 ulas | bawang putih |
1 | rempah sup bunjut |
1/2 sudu besar | rempah sup |
1 inci | halia (dihiris nipis) |
1.5 l | air |
500 g | tulang lembu |
1 sudu besar | bawang goreng |
1/2 sudu teh | garam |
1/2 sudu teh | lada |
2 sudu besar | minyak |
Daun ketumbar (sebagai perhiasan) | |
1 paket | Filamen Ikan QQ MUSHROOM 500g |
1 paket | Bebola Ikan Goreng MUSHROOM (S) 500g |
1 paket | Nuget Ketam MUSHROOM 500g |
1 paket | Sandwic Ikan MUSHROOM 500g |
Langkah Penyediaan
- Tumiskan bawang putih dan bawang merah dengan minyak sehingga wangi dan sedikit perang.
- Masukkan tulang lembu, air, rempah sup bunjut, rempah sup, halia dan air. Reneh selama 40 minit.
- Perisakan dengan garam dan lada, dan hiaskan dengan daun ketumbar.
- Untuk menyaji, tuangkan sup ke periuk steamboat dan didihkan. Tambahkan ramuan steamboat dan biarkannya mendidih lagi.
- Bila masak, sendukkan dan nikmatilah dengan sos mencelup kegemaran anda, bawang goreng, daun bawang potong atau ramuan sampingan yang lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.