Roti Wholemeal dengan Turkey Ham dan Keju Cheddar

Kagumilah anak-anak kesayangan anda dengan menyediakan roti ham dan keju ini yang enak sekali. Resepi yang tak boleh dilepasi oleh para mak sekalian!

Roti Wholemeal dengan Turkey Ham dan Keju Cheddar yang kaya dengan serat ini, juga penuh dengan kebaikan khasiat untuk memastikan anak-anak anda kekal bertenaga dan senang menumpu kepada proses pelajaran harian.

Pastikan anak-anak anda mendapatkan nutrisi bertambahan dengan menggunakan telur QL Omega untuk Roti Wholemeal dengan Turkey Ham dan Keju Cheddar ini. Telur QL Omega diperkaya dengan asid lemak Omega-3, yang penting bagi proses pembesaran dan pembangunan sifat, daya tumpuan dan pembelajaran kanak-kanak.

 

Masa penyediaan: 25 minit
Masa menunggu: 75 minit
Masa memasak: 25 minit
Menghasilkan: 2 buku roti kecil

Bahan-bahan

200 gtepung roti
110 gtepung whole meal (tepung mil penuh)
45 ggula perang
8 gyis
1/2 sudu tehgaram
155 mlsusu
30 gtelur QL Omega
70 gmentega
6 kepingkeju cheddar
6 kepingturkey ham (ham ayam belanda)
1 sudu besarsusu
1 sudu tehherba oregano kering

Langkah Penyediaan

  1. Gabungkan tepung roti, tepung whole meal, gula, yis dan garam ke dalam mangkuk mixer dan pukul selama 20 minit pada kelajuan yang perlahan.
  2. Kemudian, tuangkan masuk susu dan telur QL Omega dan teruskan menguli selama 1 minit sebelum menambahkan mentega.
  3. Uli sehingga adunan licin teksturnya. Untuk menguji, cubitkan sedikit adunan dan renggangkannya, it sepatutnya tak mengoyak.
  4. Kumpulkan adunan bersama dan tutupkannya. Biarkannya berehat selama 35 minit.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan ulikannya seperti Swiss roll.
  6. Letakkan 3 keping keju kepada adunan, diikuti dengan 3 keping turkey ham.
  7. Balutkan adunan dengan ketat dan tutupkan akhirnya. Teruskan dengan adunan yang baki.
  8. Masukkan adunan ke dalam tin roti 6x3 inci dan biarkannya rehat sehingga saiznya berganda.
  9. Sapukan susu kepada roti dan taburkan oregano ke atasnya.
  10. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 160C, selama 25 minit.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author