Burger Coleslaw Crabstick Halloween

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 10 minit
Sajian untuk: 2

Bahan-bahan

4cendawan Portobello
2 helai daun salad
6 keping tomato, dihiris
6 keping timun Jepun, dihiris
20 gmentega
Burger Ayam:
20 gmentega
35 gbawang kuning, dipotong dadu
250 gayam kisar
9 gserbuk roti
9 gtelur QL Omega
Sedikit sos Worcestershire
Garam dan lada hitam secukup rasa
Coleslaw Crabstick:
100 gImitation Crab Stick MUSHROOM
20 gmayonis

Langkah Penyediaan

  1. Untuk menyediakan burger ayam, dalam pan, cairkan mentega dan tumis bawang sehingga lembut. Ketepikan dan biarkannya menyejuk.
  2. Dalam mangkuk, campurkan semua bahan burger ayam dan bahagikan kepada 2 bola. Bentukkannya bebola kepada bentuk burger.
  3. Dalam kuali, cairkan mentega dan goreng burger ayam sehingga masak.
  4. Dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 180°C, bakar cendawan Portobello untuk 10 minit.
  5. Untuk menyediakan coleslaw, hiriskan Imitation Crab Stick MUSHROOM. Tambahkan mayonis dan gaul sebati.
  6. Untuk menyediakan burger, pertama sekali, letak cendawan Portobello diikuti dengan daun salad, tomato, timun, burger ayam, coleslaw dan tutup burger dengan cendawan Portobello. Hidangkan.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author