Puding Roti (Resepi Sos Kastard)

Bagaimana untuk menyifatkan resepi sos kastard dan puding roti ini? Ianya pekat melekit, panas, kaya dengan rasa mentega dan lazat tidak terhingga!

Minggu ini kami membawa kepada anda sejenis lagi sos telur yang manis – sos kastard enak untuk mengiringi puding roti yang memikat hati ini!

Sos kastard ini memang mudah untuk disediakan, dan boleh siap sedia dalam masa 5 minit sahaja. Dengan menggunakan 5 ramuan sahaja, sos manis berkrim dengan aroma vanila dan susu ini akan memberi puding roti ini gabungan rasa yang memang sukar dilupai.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 45 minit
Sajian untuk: 6

Bahan-bahan

Puding Roti (A)
200 groti sandwich, dibuang kulitnya dan dipotong kepada 4 kepingan kecil
100 gmentega, dilembutkan pada tahap suhu bilik
350 gsusu (penuh krim atau segar)
4 bijitelur QL Omega
100 ggula (kastor atau halus)
50 gkismis
½ sudu tehserbuk kayu manis
Sos kastard (B)
250 mlsusu (lebih kurang 1 cawan) (penuh krim atau segar)
1 bijikuning telur QL Omega
2 sudu besargula (kastor atau halus)
¼ sudu tehtepung jagung
1 sudu tehesen vanila

Langkah Penyediaan

  1. Sapukan mentega yang telah lembut kepada kedua-dua belah roti dengan menggunakan pisau mentega.
  2. Lipat dan susunkan keping roti bermentega ke dalam tin kek bersegi empat atau 6 mangkuk ramekins.
  3. Selitkan kismis di antara celahan kepingan roti. Simpan sedikit untuk ditabur di atasnya nanti.
  4. Panaskan susu di dalam periuk sos atas api sederhana rendah sehingga biuh-biuh terbentuk di sisi (jangan terlalu panas untuk menggelakkan telur dari menggumpal nanti), matikan api dan tepikan.
  5. Di dalam mangkuk, pukulkan telur dan gula dengan pemukul dawai sehingga sebati.
  6. Tuangkan masuk susu panas dengan perlahan-lahan sambil mengacau campuran telur tersebut, kacau sebati.
  7. Tapiskan campuran tersebut ke dalam jag untuk membuang cebisan dan gumpalan telur yang berlebihan,
  8. Tuangkan masuk campuran telur kepada mangkuk ramekins/tin kek sehingga hampir penuh Taburkan baki kismis dan serbuk kayu manis ke atasnya, berserta dengan ½ sudu teh mentega ke atas puding roti.
  9. Susunkan mangkuk ramekins atau tin kek ke atas tin pembakar. Tuangkan air panas ke dalam tin penbakar sehingga tingginya lebih kurang setengah dari ketinggian mangkuk ramekins/tin kek.
  10. Masak di dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke 170 C di rak tengah selama lebih kurang 45 minit, sehingga permukaannya perang keemasan.
  11. Keluarkan dari ketuhar, dan sajikan dengan serta-merta besama sos kastard yang panas.
  12. Bila puding roti hampir siap, sediakanlah sos kastard. (Rujuk kepada bahan-bahan di (B))
  13. Panaskan susu di dalam periuk sos yang kecil atas api sederhana rendah selama 3 minit. Matikan api bila buih-buih yang kecil mula terbentuk di sisi periuk.
  14. Dalam periuk sos kecil yang berlainan, kacaukan kuning telur dengan gula dan tepung jagung atas api sederhana rendah.
  15. Tuangkan masuk susu panas sambil mengacau berterusan dengan pemukul dawai, sehingga campuran memekat dan serupa dengan krim yang pekat. Jangan biarkan campuran mendidih atau mereneh untuk menggelakkan telur dari menggumpal.
  16. Matikan api dan campurkan masuk esen vanila. Tuangkan sos kastard ke dalam jag yang kecil.

 

Petua QL Kitchen:

  • Seperti mana-mana resepi puding roti, ia juga boleh disaji panas dengan ais krim vanila.
  • Simpankan baki puding roti di dalam peti sejuk dan panaskan di dalam ketuhar sebelum menyaji.
  • Anda boleh menyimpan baki sos kastard dalam bekas yang bertutup di dalam peti sejuk selama 2 hari, hanya panaskan di dalam ketuhar microwave sebelum menyaji.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author