Cheese Kek Yogurt Limau Mini

Kebanyakan kita tidak tahu bagaimana nak membuat cheesecake, tetapi jangan bimbang. Kami di sini sedia membantu! Cheese kek bersaiz sesuap ini adalah resepi kek kita yang pertama dan semestinya digemari ramai. Parti yang bagus tentulah tak akan lengkap dengan pencuci mulut yang lazat, dengan cheese kek yogurt limau mini kami untuk menutup tirai kepada parti anda dengan keluarga dan rakan karib.

Rahsia untuk resepi cheese kek yang baik adalah telur yang berkualiti. Ia adalah sumber tekstur berkrim dan licin untuk cheese kek. Telur QL Deli Fresh adalah pilihan yang sempurna untuk sebab ini. Kami menghasilkan telur dengan standard yang amat ketat, dengan inilah yang memberi anda telur segar yang bersih, berkhasiat dan lebih rendah kolestrol (40%!) berbanding dengan telur biasa di pasaran. Yang penting juga adalah rasanya. Telur QL Deli Fresh memang enak rasanya!

Anda boleh menyediakan cheese kek ini terlebih dahulu dan simpan di dalam peti sejuk untuk 3 hingga 5 hari, menyenangkan masa anda untuk menyediakan hidangan lain untuk parti anda. Apa dia, tiada parti? Jikalau macam itu, hidangkanlah ia bersendirian, atau dengan pastri lain untuk sesi teh tengahari. Rasanya yang ringan dan menyelerakan tentu akan memberi anda rasa segar dan nyaman semasa tengahari yang panas terik!

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 10

Bahan-bahan

130 gbiskut Digestive, dipecah kecil
50 gmentega tanpa garam, dilembutkan
Secubit serbuk kulit kayu manis/biji pala (terpulang)
250 gkrim keju, darjah suhu bilik, dipotong kuib
80 ggula kastor
1 sudu tehesen vanilla
Secubit garam
130 gyogurt biasa or Greek
Jus dari 2 biji limau
Kikisan kulit limau (dari 1 biji limau)
2telur QL Deli Fresh
Beri segar, whipped cream atau hirisan limau untuk perhiasan

Langkah Penyediaan

  1. Masukkan biskut dan serbuk kulit kayu manis/biji pala dalam mesin pengisar (gunakan pengisar kering) bersama dengan mentega, dan kisar salam 30 saat sehingga semuanya halus dan sebati. Tuangkan ke dalam mangkuk bersaiz medium.
  2. Alaskan tin mafin dengan 12 cawan kertas mafin. Masukkan lebih kurang sesudu besar campuran biskut ke dalam setiap cawan kertas mafin, dan tekan dengan bahagian belakang sudu atau gunakan jari basah untuk meratakan permukaannya.
  3. Sejukkan tin mafin tersebut di dalam peti sejuk selama 20 minit. Panaskan ketuhar kepada 180 C
  4. Sementara itu, sediakan topping keju. Dalam satu mangkuk campuran, pukul krim keju dan gula kastor dengan pemukul elektrik sehingga ringan dan gebu. Tambahkan esen vanilla, telur dan garam, pukul sehingga sebati. Masukkan yogurt, jus limau dan kikisan kulit limau dan pukul sehingga sebati.
  5. Sudukan topping keju sehingga cawan mafin 2/3 penuh. Bakar dalam ketuhar selama 15 – 20 minit sehingga isiannya masak.
  6. Keluarkan tin mafin dan biarkannya sejuk di atas rak dawai. Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman. Hiaskan dengan whipped cream, beri segar atau hirisan limau sebelum dihidangkan.

Petua QL Kitchen

  • Jika anda suka, anda boleh gantikan limau dengan lemon.
  • Jikalau suhu ketuhar terlalu tinggi, permukaan topping keju mungkin meretak. Turunkan suhu jika ianya berlaku.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author