Kek Black forest adalah kegemaran klasik dengan beberapa komponen yang amat mudah: kek coklat, whipped cream, buah ceri dan coklat. Walaupun resepi kek black forest tradisional German (forest torte) mengandungi Kirsch, sejenis arak cherry, namun kini kek black forest yang bebas dari alcohol mudah didapati.
Resepi kek black forest ini menggunakan span coklat yang moist dan ringan, yang mudah disediakan dalam masa lima ke sepuluh minit dengan menggunakan pemukul elektrik. Ganache dan topping whipped –nya juga mudah untuk disediakan. Kek ini dipasang dengan gaya bebas supaya mudah untuk semua, termasuklah untuk mereka yang kurang mahir lagi dengan kek, untuk menghasilkan kek yang cantik ini.
Pastikan anda menggunakan telur QL Omega untuk resepi kek black forest ini. Ianya mengandungi kolestrol 50% lebih rendah berbanding telur biasa dan rasanya enak sekali. Tambahan lagi, ia juga mengandungi Omega 3 yang penting bagi kesihatan badan anda.
Bahan-bahan
Span coklat | ||
---|---|---|
115 g | campuran kek span coklat | |
115 g | telur QL Omega (lebih kurang 2 biji telur) | |
25 g | air | |
30 g | minyak sayuran | |
Topping ganache | ||
55 g | coklat gelap | |
50 g | whipping cream | |
Ramuan lain | ||
1 tin | ceri gelap, disejukkan | |
150 g | topping whip non-dairy | |
Ceri segar / beri campur / ceri tin berlebihan (untuk perhiasan) |
Langkah Penyediaan
- Untuk menyediakan span, panaskan ketuhar kepada 180C. Alaskan tin kek bulat 6 inci dengan kertas parchment.
- Pukulkan bersama campuran span, telur QL Omega dan air dengan menggunakan pemukul elektrik selama 5 hingga 10 minit, sehingga ianya pucat dan pekat.
- Lipatkan masuk minyak.
- Tuangkan campuran ke dalam tin kek dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
- Biarkan kek menyejuk di atas rak dawai. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk diguna.
- Untuk menghasilkan ganache, cairkan coklat di dalam double boiler. Campurkan masuk whipping cream.
- Untuk memasang kek, buangkan air dari ceri tin.
- Pukulkan krim whipping sehingga gebu.
- Potongkan kek kepada 3 lapisan yang serata.
- Sandwickan lapisan kek dengan whipped cream dan ceri, diakhiri dengan lapisan kek. Sapukan ganache ke atas lapisan paling atas kek. Hiaskan dengan ceri segar, beri campur atau ceri tin yang berlebihan. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga menyaji.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.