Roti Cheese Tuna dengan Mayo QL

Roti yang lembut lagi gebu ini dipadankan dengan keju cheddar bakar dan inti tuna mayo yang berkhasiat, menjadikannya pilihan kegemaran untuk kanak-kanak dan seisi keluarga.

Untuk Roti Cheese Tuna ini, kami menggunakan telur QL Deli Fresh untuk rasanya yang lazat dan kebaikan khasiat tambahan. Kuning dan putih telur QL Deli Fresh kaya dengan nutrient – protein, vitamin dan mineral dan kuning telurnya rendah kandungan kolesterolnya serta kaya dengan vitamin dan asid lemak yang penting. Jangan lupa, telur sering dikaitkan sebagai sumber protein yang ‘lengkap’ di mana ianya mengandungi kelapan-lapan asid amino penting: yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita dan perlu didapati dari sumber makanan kami.

 

Masa penyediaan: 100 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 4

Bahan-bahan

Untuk Adunan Roti (A):
200 gtepung roti
50 gtepung biasa
50 ggula
¾ sudu tehgaram
2 ½ sudu tehyis
Untuk Adunan Roti (B):
55 gsusu
40 gair
20 gtelur QL Deli Fresh
Untuk Adunan Roti (C):
48 gmentega
50 gparutan keju cheddar
Untuk Topping:
40 gMayo QL (rujuk kepada resepi terdahulu)
80 gemping tuna

Langkah Penyediaan

  1. Masukkan (A) ke dalam mangkuk dan gaul serata.
  2. Tambahkan (B) dan uli sehingga adunan dibentuk. Kemudian tambahkan (C) dengan perlahan dan ulikan adunan sehingga licin dan kenyal.
  3. Tutupkannya dan biarkannya naik di tempat yang sederhana hangat untuk 40 minit.
  4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian (lebih kurang 120g setiap satu) dan bentukkan kepada bebola. Letakkan bebola adunan ini pada tin kek yang telah diminyakkan atau dialas dengan kertas parchment, dengan jarak 3 inci di antara setiap bebola.
  5. Biarkan adunan untuk naik sekali lagi di tempat uang sederhana hangat untuk selama 30 minit atau sehingga adunan telah bertambah sekali ganda. Dengan menggunakan sepasang gunting, guntingkan pangkah pada bahagian tengah atas roti. Taburkan parutan keju cheddar ke atas roti.
  6. Panaskan ketuhar kepada 180 C. Bakar selama 20 minit. Kemudian, alihkan roti yang telah siap ke rak dawai untuknya menyejuk.
  7. Untuk topping, gabungkan mayo QL dengan emping tuna. Kemudian, sudukan campuran ke atas bahagian tengah roti. Hiasi dengan daun pasli dan ianya sedia untuk disajikan.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author