Swiss Roll Vanila Buah-Buahan

Jika anda sedang mancari kek span yang pantas lagi sedap dengan whipped cream dan buah-buahan campur, cubalah resepi Swiss Roll Vanila Buah-Buahan ini. Buah-buahan yang harum digabung dengan whipping cream yang rendah kandungan lemaknya berbanding dengan double cream, menghasilkan inti yang enak untuk span vanila yang ringan gebu dan lembut ini.

Berilah resepi Swiss roll anda kandungan nutrisi tambahan dengan menggunakan telur QL Omega, yang mengandungi kolesterol setengah sahaja berbanding telur biasa. Dengan Omega-3 tambahan, anda akan mendapat manfaat nutrisi yang berganda.

 

Masa penyediaan: 45 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 6

Bahan-bahan

Span Vanila (A):
100 gkuning telur QL Omega
30 gminyak masak
40 gsusu
85 gtepung biasa
1 bijitelur QL Omega (penuh)
Secubit garam
Span Vanila (B):
170 gputih telur QL Omega
2 gkrim tartar
110 ggula
Inti Krim:
250 mlkrim
1 sudu besargula aising
½ sudu tehesen vanila
Inti Buah-buahan:
50 gkoktel pic (dipotong dadu)
½ bijikiwi hijau (dipotong dadu)
8 bijistrawberi (dipotong dadu)
8 bijiberi biru

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar kepada 180C. Alaskan dulang kek dengan kertas parchment.
  2. Dalam mangkuk yang besar, pukulkan bersama kuning telur QL Omega dengan minyak masak. Kemudian, tambahkan masuk susu.
  3. Tambahkan tepung dan garam yang telah diayak bersama, diikuti dengan telur QL Omega. Pukul sehingga sebati.
  4. Dalam mangkuk yang berlainan, pukulkan putih telur QL Omega sehingga gebu berbuih. Tambahkan gula dan krim tartar dengan perlahan, dan pukul sehingga puncak lembut terbentuk.
  5. Lipatkan masuk satu pertiga (B) ke dalam (A), kemudian lipatkan masuk bakinya sehingga semuanya sebati.
  6. Tuangkan campuran ke dalam dulang kek dan ketukkan dulang untuk melicinkan permukaan campuran.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 15 – 20 minit atau sehingga keknya masak.
  8. Untuk menyediakan inti krim, pukulkan krim, gula icing dan esen vanila sehingga puncak lembut dibentuk.
  9. Untuk menyediakan inti buah-buahan, gabungkan semua buah-buahan di dalam mangkuk.
  10. Setelah kek masak, ketukkan dulang beberapa kali. Alihkan kek dari dulang kek dan biarkannya menyejuk di atas rak dawai.
  11. Setelah kek menyejuk, letakkan sehelai lagi kertas parchment ke atas kek dan terbalikkan kek. Kupaskan dengan cermat kertas parchment terdahulu yang dibakar dengan kek.
  12. Sapukan selapis inti krim ke astas kek, tambahkan inti buah-buhan dan gulungkan dari sisi yang panjang.
  13. Biarkan kek menyejuk di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya sejam. Hiriskan untuk menyaji.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author