Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 35 minit
Sajian untuk: 4
Bahan-bahan
Pastri: | ||
---|---|---|
225 g | tepung biasa | |
100 g | mentega (sejuk) | |
Secubit garam | ||
2-3 sudu besar | air | |
Inti: | ||
5 biji | telur QL Omega | |
200 g | krim | |
115 g | susu | |
Garam secukup rasa | ||
Lada hitam secukup rasa | ||
50 g | bayam muda | |
1 tin | ketulan tuna | |
50 g | keju cheddar | |
10 g | keju parmesan |
Langkah Penyediaan
- Untuk menyediakan pastri, ayakkan tepung ke dalam mangkuk yang besar, tambahkan mentega dan adunkan dengan hujung jari sehingga campuran membentuk seperti serpihan roti yang halus.
- Kemudian tambahkan garam dan 2 – 3 sudu besar air sehingga adunan kental. Adunkan adunan seketika dan dengan cermat atas permukaan yang bertepung. Kemudian, balutkan dengan cling film dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
- Gulingkan adunan kepada bulatan yang besar yang setebal lebih kurang 2mm. Ia patut cukup besar untuk mengalas tin pai 10 inci. Tekankan adunan ke dasar dan sisi tin, dan pastikan semua retakan ditutup. Dengan menggunakan garpu, tebukkan lubang kecil pada kulit pai.
- Panaskan ketuhar kepada 180°C. Bakarkan pastri di dalam ketuhar selama 15 minit atau sehingga ia warnanya mula bertukar kepada keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan seketika.
- Untuk menyediakan inti quiche, pukulkan bersama telur QL Omega, krim dan susu. Perisakan dengan garam dan lada hitam.
- Taburkan bayam muda ke atas dasar tart. Taburkan ketulan tuna ke atas bayam muda.
- Tuangkan campuran telur sehingga ia hampir mencapai aras atas kulit pastri. Taburkan keju cheddar dan parmesan ke atasnya.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 180°C selama 30-35 minit. Sajikan dengan serta merta.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.