Inilah resepi kek cheese New York yang asas, dengan topping beri segar. Anda boleh mengubahsuai jenis topping mengikut cita rasa anda, seperti blueberi atau topping blueberi, hirisan mangga, jem atau apa-apa saja yang anda suka!
Untuk memotong kek cheese, cara yang kami biasanya guna adalah memanaskan pisau yang tajam dengan ‘blow torch’ atau di atas api dapur untuk beberapa saat. Kemudian potong kek dan lapkan pisau dengan tuala. Anda juga boleh menggunakan segelas air panas, tetapi kami dapati bahawa cara pertama lebih berkesan.
Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 40-45 minit
Sajian untuk: 8 - 10
Bahan-bahan
Untuk dasar kek: | ||
---|---|---|
130 g | biskut digestive, dipecah kecil | |
50 g | mentega tanpa garam, dilembutkan | |
1/4 sudu teh | serbuk kayu manis | |
1/4 sudu teh | serbuk buah pala | |
Untuk filling: | ||
500 g | krim cheese | |
100 g | gula kastor | |
4 biji | telur QL Omega atau QL Deli Fresh | |
1 sudu teh | esen vanila | |
1 sudu besar | jus lemon diperah segar | |
Secubit garam | ||
Untuk topping: | ||
Beri segar (seperti strawberi, blueberi, raspberi, blackberi) | ||
Gula icing (diayak di atas beri, terpulang) |
Langkah Penyediaan
- Guntingkan sehelai kertas parchment yang 2 hingga 3 inci lebih besar dari tin kek springform tanpa lekat 8 inci. Longgarkan tepi tin kek springform, dan letakkan kertas parchment di antara dasar dan bulatan tepi tin kek. Kemudian, ketatkan selak di luar bulatan tepi tin.
- Untuk dasar kek, masukkan biskut, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala ke dalam mesin pengisar bersama dengan mentega. Kisar selama 30 saat sehingga halus dan sebati. Pindahkan ke dalam mangkuk.
- Tuangkan campuran bahan dasar kek ke atas kertas parchment dan sebarkan dengan sudu. Tekan dengan bahagian belakang sudu untuk meratakan permukaannya.
- Sejukkan dasar kek cheese di dalam peti sejuk selama 20 minit. Panaskan ketuhar kepada 180 C.
- Sementara itu, sediakan filling cheese. Pukulkan krim cheese dengan gula kastor di dalam mangkuk dengan menggunakan pemukul elektrik sehingga gebu. Tambahkan esen vanila, jus lemon dan garam, pukul hingga sebati.
- Pukulkan masuk telur sebiji demi sebiji.
- Tuangkan campuran kek cheese ke dalam tin kek dan bakar dengan menggunakan ‘water bath’. Letakkan tin kek springform ke dalam tin pembakar yang lain (untuk megelakkan air masuk ke dalam tin kek springform). Kemudian letakkan ke dalam tin pembakar yang lebih besar (atau tin memanggang). Tuangkan air mendidih ke dalam tin membakar yang paling besar dan masak dalam ketuhar pada 180 C selama 40 – 45 minit sehingga kek cheese tegar tetapi masih goyah di bahagian tengah.
- Matikan ketuhar. Biarkan kek cheese terus masak dengan baki kehangatan ketuhar selama 25 – 30 minit sebelum dikeluarkan. Elakkan dari mengeluarkan kek cheese terus selepas mematikan ketuhar kerana perubahan suhu yang mendadak mungkin meretakkan kek cheese.
- Panaskan pisau yang nipis dengan ‘blow torch’. Longgarkan pinggir kek cheese dari tin kek dengan pisau yang telah dipanaskan. Buka gesar tin kek dan tanggalkan dengan perlahan. Sejukkan kek cheese di dalam peti sejuk selama 5 – 6 jam untuknya tegar
- Selepas kek cheese telah tegar, pindahkan kepada pinggan. Gunakan spatula kek/pizza untuk mengangkat kek dan kertas parchment dari dasar tin kek. Tarikkan dasar tin kek menggunakan tangan satu lagi dengan perlahan.
- Masukkan spatula kek/pizza anda di antara kek cheese dan lapisan kertas parchment. Angkatkan kek dengan berhati-hati dan tarikkan keluar kertas parchment dengan perlahan.
- Hiaskan dengan beri, hirisan mangga atau mana-mana topping pilihan anda.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.