Cheesecake Laici QL

Laici bagaikan cinta, laici bagaikan kehidupan yang manis romantis.

Hasilkanlah kejutan Hari Valentine’s yang sempurna bagi teman anda – Cheesecake Laici QL berbentuk hati yang penuh dengan kasih sayang!

 

Masa penyediaan: 40 minit
Sajian untuk: 3 - 4

Bahan-bahan

150 gcream cheese
20 ggula
60 gcoklat putih, dicairkan
40 gsirap gula laici
2 sudu tehgelatin
150 gkrim, dipukul
1 bijiputih telur QL Omega, dipukul
30 glaici, dipotong kiub
Dasar:
80 gbiskut digestive
35 gmentega, dicairkan
Perhiasan:
Raspberi
Strawberi
Serbuk salji (snow powder)

Langkah Penyediaan

  1. Untuk dasar, hancurkan biskut digestive dan gabungkan dengan mentega cair.
  2. Alaskan dasar acuan kek berbentuk hati sebesar 5 inci dengan foil aluminium atau kertas parchment.
  3. Tekan campuran pada dasar acuan untuk memadatkannya.
  4. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  5. Untuk menyediakan inti, krimkan bersama cream cheese bersama gula sehingga gebu dan licin.
  6. Kemudian, tambahkan masuk coklat putih cair dan gabung sebati.
  7. Di dalam ketuhar gelombang, cairkan gelatin dan sirap gula laici dan tambahkan kepada campuran cheese.
  8. Lipatkan masuk krim yang telah dipukul.
  9. Pukulkan putih telur QL Omega sehingga gebu dan lipatkan masuk ke dalam campuran cheese.
  10. Akhirnya, masukkan kiub laici.
  11. Tuangkan campuran cheesecake ke atas dasar kek dan hiaskan dengan raspberi dan strawberi.
  12. Sejukkan semalaman dan ayakkan sedikit serbuk salji ke atas beri sebelum menyaji.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author